CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Wajib Hadir Kursus Praperkahwinan LPPKN

21-6-2023 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 216| Komen: 0

Pasangan bakal berkahwin di negara ini tidak diwajibkan menghadiri kursus praperkahwinan yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kursus itu diadakan secara sukarela kepada pasangan pelbagai bangsa, justeru terpulang kepada mereka sama ada untuk menghadiri atau sebaliknya.


"Ia adalah program yang baik, bukan hanya untuk satu kaum atau agama tertentu tetapi ia untuk semua. Ia akan membimbing anda mengenai perkahwinan, keluarga dan pengurusan kewangan.


Gambar hiasan

"Sebenarnya ia (kursus) itu sudah lama dijalankan dan sambutan sentiasa baik tetapi kami tidak terfikir untuk menjadikannya mandatori tetapi menggalakkan mereka (pasangan untuk menghadirinya)," kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan kursus praperkahwinan sebagai mandatori untuk pasangan yang mahu berkahwin.


Nancy ditemui media selepas merasmikan bengkel mengenai kepimpinan wanita anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di sini hari ini.

Ditanya sama ada usaha itu (mewajibkan kursus) sebagai penyelesaian terbaik untuk membendung peningkatan kadar perceraian dalam kalangan pasangan Malaysia, Nancy berkata: "Saya tidak fikir formula itu berkesan.

"Walaupun anda mewajibkan tetapi jika mereka mahu bercerai, anda tidak dapat mengawalnya kerana sepanjang perkahwinan banyak perkara mungkin berlaku, jadi ia sangat subjektif," katanya.

Berhubung program itu pula, Nancy berharap agar wanita yang terpilih sebagai calon pada enam Pilihan Raya Negeri kelak, dapat menampilkan strategi kempen yang berbeza bagi memastikan mereka berupaya memenangi lebih banyak kerusi.

"Kalau kita hendak lihat ramai wanita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, kita kena ada sistem (strategi) yang kuat. Fahami senario pengundi dan santuni mereka.

Jangan sibuk mengutuk sesama sendiri (wanita) dengan kelemahan masing-masing, tetapi cubalah tawarkan apa yang terbaik untuk masa depan pengundi.

"Ini peluang terbaik untuk membuktikan bahawa rakyat boleh bergantung harap kepada pemimpin wanita," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.207478 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top