CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Menyanyi Je, Osama Yamani Jadi Gitaris Band Pula- Dituduh Tak Laku Tapi Sebenarnya Nak Cari Kepuasan

21-6-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 997| Komen: 5

Osama Yamani kini menjadi gitaris baharu untuk band Rock Ages.

Menurut Osama, setelah sekian lama menyanyi, dia mahu mencari kepuasan untuk diri sendiri dengan bermain alat muzik kesukaannya itu.


Foto: IG

“Saya kini nak libatkan diri dalam bidang penghasilan muzik pula. Saya asyik menyanyi sahaja kebelakangan ini. Apa salahnya kalau saya cuba perkara lain.

“Saya belajar bermain gitar sejak usia saya masih kecil dan pada 2014 saya mula belajar secara serius bersama guru. Band ini juga merupakan rakan-rakan saya ketika menuntut di ASWARA. Jadi, mereka pelawa saya.

“Band ini ditubuhkan sejak anggota kumpulan ini masih kecil. Mereka pun dah lama aktif di luar cuma saya yang baru nak sertai mereka,” katanya kepada MH.


Pada masa sama, anak Jamal Abdillah ini turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mampu berdiri sendiri untuk memperjuangkan kerjanya seninya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya mampu untuk berdiri sendiri dan saya sertai kumpulan ini pun hanyalah sekadar untuk kepuasan peribadi. Sesetengah orang mungkin suka bergerak secara solo dan ada juga yang mendapat kepuasan berkarya bila bersama band muzik.

“Duo bersama adik saya, Zaki Yamani pun satu kepuasan bagi saya sebagai gandingan adik-beradik.



“Saya tidak akan hilangkan identiti saya sebagai penyanyi. Karier nyanyian saya tidak akan diketepikan cuma minat bermain alat muzik ini saya tak boleh nak lepas,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai respon bapanya tentang penglibatannya di dalam band Rock Ages, Osama memaklumkan bapanya itu tidak pernah menghalang sebaliknya sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.

“Sebelum ini, dia ada bertanya band ini ditubuhkan untuk apa? Lalu saya bagitahu ia merupakan projek masa hadapan.


“Ayah saya pun pernah berpesan, buatlah apa sahaja yang kamu mahu. Kalau kamu rasa itu satu kepuasan, dia tak akan larang.

“Cuma katanya, jangan busukkan nama sendiri. Dia tak pernah menghalang saya untuk membuat apa sahaja. Sebaliknya dia yang mengalakkan lagi saya bermain gitar,” ujarnya lagi.

Selain Osama, band ini turut dianggotai oleh Ayen Tommy (drummer), Holy (vokalis), Didi (guitarist 2), Kuzan (keyboardist) dan Bobo (bassist). -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-6-2023 12:33 PM
Elok lah.... asyik nak jual suara sama ngan apak kau pun bosan gak...
Quote Suchi 21-6-2023 01:15 PM
Ok je mana tau boleh buat lagu juga, la ni penyanyi mesti tau main muzik dan buat lagu sendiri juga
Quote dudaberhias 21-6-2023 02:30 PM
tapi rasanya memang tak laku pun nyahh... adik tiri kau tu lagi laku sebab rhoperrr comel2 jugak.. yang engko rhoperr jauh sekali dari ayah... rhoper pari pari pekat sangat... lepastu saja nak kepamkan diri pergi simpan rambut panjang... choiii...

ayah ko pun hujung2 jual lembu jah...

Quote rosedemon 22-6-2023 08:41 AM
kahhhhh sendu nya ko nok
Quote Burong_Hantuk 22-6-2023 09:04 AM
sorry x pernah minat kat anak beranak nih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034153 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top