CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rohana Jalil Ibu Yang Penyayang, Memang Berhati Mulia, Murah Senyuman Serta Suka Berjenaka," - Azharina

21-6-2023 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 805| Komen: 5

Pemergian penyanyi popular era 1980an, Rohana Jalil turut dirasai oleh rakan-rakan artis termasuk penyanyi, Azharina Azhar.

Azharina berkata, arwah disifatkan sebagai seorang ibu yang penyayang serta umpama kakak yang prihatin dengan rajin bertanya khabar kepada dirinya.


Foto: FB

“Arwah memang berhati mulia, murah senyuman serta suka berjenaka. Akan sentiasa merinduimu Kak Ana.

“Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman dan dilapangkan kuburnya serta dijauhi daripada azab api neraka,” tulis penyanyi lagu Elegi Sepi dalam Facebooknya, hari ini.

Semalam, Rohana disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada pukul 11.33 malam tadi.



Allahyarham dimasukkan ke HCTM sejak April lalu akibat kebocoran usus. Kesihatannya semakin merosot dan berada dalam situasi kritikal serta tidak sedarkan diri sejak tengah hari, semalam.

Penyanyi Rayuanku itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Jahangir Khan, anak-anak dan ahli keluarga terdekat.


Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum waktu Zuhur, hari ini. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-6-2023 08:40 AM
al fatihah dibaca yaaa jgn sebut ajee
Quote Burong_Hantuk 22-6-2023 09:05 AM
al fatihah..
Quote stingerbumpy 22-6-2023 09:08 AM
rosedemon replied at 22-6-2023 08:40 AM
al fatihah dibaca yaaa jgn sebut ajee

@LadyCarefree
Quote LadyCarefree 22-6-2023 03:31 PM
stingerbumpy replied at 22-6-2023 08:08 AM
@LadyCarefree

Baca fatihah buat apa? Kalau nak sangat buat baik, doakan si mati supaya dosa diampun atau siksa diringankan.
Quote stingerbumpy 22-6-2023 04:41 PM
LadyCarefree replied at 22-6-2023 03:31 PM
Baca fatihah buat apa? Kalau nak sangat buat baik, doakan si mati supaya dosa diampun atau siksa d ...

Anak jiran aku kata al fatiha iteww denyut nadi alquran dan segala isi didalamnyer...ko pernah dengar keww?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044795 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top