CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlalu Sibuk Kerja, Duit Pun Belum Cukup- Azri Iskandar Tangguh Lagi Nikah Dengan Dr Azra Diera

21-6-2023 11:14 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6910| Komen: 121|Original author: Saiful

Duit masih tak cukup, Azri Iskandar terpaksa menunda lagi tarikh perkahwinannya bersama Dr Azra Diera 

Bukan hanya disebabkan isu kewangan, Azri kata dia dan pasangannya kini sedang sibuk menguruskan hal kerja masing-masing.


"Belum sampai masanya lagi... terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi.

"Sekarang ini belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi.

"Biar betul-betul dah bersedia, barulah saya akan umumkan secara rasmi," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Dah setahun bertunang, Azri bersyukur hubungannya bersama Azra dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Alhamdulillah semuanya okay saja. Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tak ada apa-apa isu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azri memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.


"Drama terbaharu saya akan disiarkan di TV3 bertajuk I Know What U Did On Instagram, tajuk orang putih tapi cerita Melayu. InsyaAllah bakal disiarkan tidak lama lagi," kongsinya.

Pada 29 Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya dikenali sebagai Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 21-6-2023 11:17 AM
I Know What U Did On Instagram - geli ketiak wei
Quote kepompong 21-6-2023 11:18 AM
reputz mana ler nak pedajal jera jeri nihhh pi tanya soalan alam khayalan
Quote sukacactus 21-6-2023 11:19 AM
Kah kah kah!
Apa2 je la pokcik jeri
Quote nellyberry 21-6-2023 11:20 AM
Tak cukup duit bole je buat crowdfunding.
Ada mamat dapat 55K hasil buat crowd funding kat socmed.
Quote cattiecute 21-6-2023 11:20 AM
bagitau pun kena tunda
tak bagitau pun kena tunda
ye ye je tangguh sebab bz kerja
baca boleh percaya jangan.
Quote kmbg 21-6-2023 11:20 AM
Patutnya I know what I did on FB..hahah kisah khayalan Azra yg tah wujud ke idok...aduilaa
Quote jihyomelly 21-6-2023 11:31 AM
yo la pakcik jeri….pung pang pung pang tapi sedihhhhhhh
Quote pembacagosip 21-6-2023 11:38 AM
jlo replied at 21-6-2023 11:17 AM
I Know What U Did On Instagram - geli ketiak wei

HAHAHHAHAH tajuk pun dah basi mcm tajuk i know what u did last raya
Quote pembacagosip 21-6-2023 11:39 AM
anak yg perkahwinan pertama sulong dah 31
so kira berapa umur pak jeri
kahwin awal kut
Quote Binodino 21-6-2023 11:43 AM
Nanti keluar la berita kata dorang dah putus sebab masing2 ada masalah komitmen & tiada persefahaman

Acik bad indigo ok ke tu?
Quote Carcosa 21-6-2023 11:43 AM
Acik2 porom when reading this shit from Anker Jeri

Laughing-Men-In-Suits.jpg
Quote azimodin 21-6-2023 11:45 AM
Selalunya duda2 tua ni nak kawen laju je sebab masing2 ada duit.. tapi lain pulak dengan acik jeri yg memanjang xcukup duit
Quote winky1 21-6-2023 11:46 AM
cam ne nak gaduh dgn org yg tiada
Quote hungryhenry 21-6-2023 11:46 AM
Bad Indigo dengan Jery Kandar boleh BFF
Quote leenali 21-6-2023 11:46 AM
Hahahahahahahahahahahahahahahahhahahaa

Dia nk buat kenduri 7 hari 7 malam kekdahnya
Quote inspektoremos21 21-6-2023 11:48 AM
Hahahahahahaha layan kan je la dia ni..
Quote akuMNdia 21-6-2023 11:52 AM
topik yg menghiburkan dan ditunggu2 telah tiber...

btw, ada citer apa ntah aku tertengok kat tv yg achik jeri ni berlakon...serabai giler dia.


Quote asfaz 21-6-2023 11:57 AM
nellyberry replied at 21-6-2023 11:20 AM
Tak cukup duit bole je buat crowdfunding.
Ada mamat dapat 55K hasil buat crowd funding kat socmed.  ...

Ai ada nmpk ni kat ig 15. Yg accident nak hantar anak ke U tu ke? Sorang anak dia meninggal. Abang and mak dia cedera. Yg buat crowd ni anak yg mana?
Kalau sama la sb amount tu sama
Quote asfaz 21-6-2023 11:58 AM
hungryhenry replied at 21-6-2023 11:46 AM
Bad Indigo dengan Jery Kandar boleh BFF

+ Johan sehari. Katanya nak kawin awek org perlish kan

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094512 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top