Seorang jejaka menjadi bualan hangat selepas videonya menunggang kuda menjadi 'modal' segelintir wanita berfantasi seks. Namun katanya dia enggan mengambil serius tentang hal itu kerana menganggap warga maya tidak mengetahui prinsip dan teknik menunggang kuda yang sebenar.
"Saya tak jangka akan dapat komen seperti itu... dan saya tak baca semua komen yang ditinggalkan warga maya," katanya kepada mStar. Selain menjadi mangsa 'gangguan seksual', Hakimi juga tidak terkecuali daripada kecaman. Mana tidaknya, ada beberapa individu mendakwa dia sengaja berkongsi rakaman video yang memaparkan gerakan tubuhnya di atas kuda demi mengundang perhatian ramai.
Tidak melatah, Hakimi menjelaskan sudah menjadi perkara biasa bahawa aktiviti menunggang kuda akan melembutkan pinggang. Katanya ia bertujuan membantu menyokong pergerakan kuda dalam keadaan berjalan. "Mungkin orang awam kurang pendedahan dalam sukan ekuestrian serta tidak mengetahui cara menunggang mengikut principle riding yang betul," jelasnya. Berkongsi perihal diri, anak jati Selangor ini merupakan seorang penunggang profesional dalam sukan ekuestrian. "Saya berpengalaman tiga tahun dalam bidang ekuestrian sebagai profesional... namun sudah mula dengan aktiviti ini sejak di bangku sekolah menengah. "Malah saya telah menyertai pertandingan dressage sebanyak empat kali," katanya yang kini bergelar tenaga pengajar. Dia yang begitu meminati sukan ekuestrian berharap dapat membawa industri tersebut ke peringkat yang lebih tinggi di Malaysia. Tambahan pula, dia memberi tumpuan kepada latihan kuda, keselamatan penunggang dan keperluan pelesenan sosial bagi mengetahui perkara berkaitan pengendalian kuda. "Ia bertujuan mengekalkan sukan ini di Malaysia sekali gus menjadi sebahagian daripada negara yang bertaraf dunia," luahnya. -CARI Sumber: mStar
|
pearl.silver replied at 21-6-2023 11:07 AM
Mmg dia saja rekod tang konek beralun2 tu kah?
pearl.silver: Mmg dia saja rekod tang konek ...
tumpanglalu74 replied at 21-6-2023 12:05 PM
Mohd Shafiq Hakimi Shamsul Anuar (10064710)https://www.fei.org/athlete/10064710/SHAMSUL-ANUAR-Mohd-S ...
pocongkiutss replied at 21-6-2023 11:59 AM
Sama jela macam perempuan2 miang yg saja tayang seksi2 utk mengundang..tp lelaki kena tundukkan pand ...
ADVERTISEMENT