Seorang lelaki, terpaksa mencari pengganti bagi majlis resepsi perkahwinan yang venuenya ditempah untuk tarikh 11 Februari lalu, selepas ia tidak dapat dilangsungkan seperti mana dirancang.
"Minta jasa baik sesiapa pasangan yang nak berkahwin dan buat resepsi di Kamalinda Event Shah Alam untuk DM (mesej) saya. "Saya buat bayaran deposit sebanyak RM2,000 tapi tak dapat buat majlis atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Deposit tersebut akan burn (hangus) kalau saya tak dapat buat majlis," ciapnya. Menurut Shad Radzi yang sudah mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, dia berharap agar deposit yang telah dibayar pada 2 Oktober 2022 itu dapat dikembalikan. Malah dia sanggup menerima sekiranya RM500 sahaja ditolak daripada jumlah berkenaan. "Saya sanggup untuk tolak RM500 asalkan duit lebihan RM1,500 dapat semula untuk kelangsungan hidup saya dan keluarga serta bayi yang bakal lahir nanti," luahnya yang memaklumkan telah membuat pembatalan tempahan untuk mengadakan majlis pada 3 November 2022.
Dia juga pernah berbincang dengan pihak pengurusan lokasi berkenaan dan memaklumkan mempunyai masalah keluarga, namun deposit tidak dapat dipulangkan sebaliknya perlu mencari pengganti. Bagaimanapun, selepas membatalkan majlis yang dijadualkan pada 26 Februari lepas, dia masih belum menemui pengganti. Tarikh baharu untuk majlis diadakan juga belum diberikan kepada pihak berkenaan kerana masih belum mendapat pengganti. "Saya pernah berbincang dengan pihaknya tetapi mereka masih tidak boleh memberikan deposit dan meminta kami untuk mencari pengganti baharu. "Sehingga kini kami masih belum tetapkan apa-apa tarikh lagi setelah batalkan tarikh awal pada 26 Februari 2023," ujarnya lagi. Menyedari orang ramai mungkin akan menganggapnya sebagai scammer, dia turut berkongsikan tangkap layar perbualan. Selain menafikan apa yang dinyatakan itu adalah untuk tujuan pemasaran. "Tuan puan boleh DM saya untuk pengesahan selanjutnya. Saya bukan scammer, cuma nak dapatkan sikit deposit semula... saya akan bagi nombor PIC (person in charge). "Boleh berjumpa sekiranya perlu di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor," jelasnya sambil berkata belum membuat sebarang pemilihan pakej untuk majlis. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dan ramai mencadangkan supaya dia memfailkan tuntutan pada tribunal pengguna. Namun baginya, dia ingin mencuba mendapatkan depositi kembali dengan cara baik tanpa mengikut perundangan. Tidak kurang juga yang cuba membantu dengan berkongsikan pengalaman ketika mengadakan majlis perkahwinan di lokasi tersebut. "Kamalinda hall lawa-lawa sebab saya kahwin di situ. Nak vibe twilight (one of hall) recommended tapi tak tahu abang ni ambil hall apa... semoga temui jalan penyelesaian. "Saya tunjukkan sedikit video daripada TikTok mereka. Nasib baiklah jodoh belum sampai lagi, kalau tak saya dah forward tweet ni. "Boleh juga cuba tengok Instagram atau Facebook pihak tersebut. Mesti ada yang komen 'PM' kat setiap post, kemudian awak tawarkan," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT