Seorang pelajar India didapati bersalah merogol seorang wanita mabuk di Cardiff, United Kingdom (UK) pada Jun tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun sembilan bulan. Pelajar kejuruteraan itu, Preet Vikal, 20, membawa mangsa ke biliknya selepas mereka bertemu di luar sebuah kelab.
Pendakwaraya Matthew Cobbe berkata, Vikal dan mangsa yang tidak mengenali antara satu sama lain keluar bersama kumpulan rakan yang berasingan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat mendukung wanita berkenaan yang sedang mabuk ke biliknya sebelum bertindak merogol mangsa. Pelaku turut merakam foto wanita itu sebelum menyerangnya di atas katil, lapor The Daily Mail. Lebih keji, Vikal menghantar gambar itu kepada rakannya pada hari itu dan mengakui dia "terlupa" menggunakan kondom. Selepas mengetahui apa yang telah berlaku, wanita itu menghubungi polis dan pelaku ditangkap pada hari yang sama. - CARI
Sumber: mStar/India Today
|
kelapaparut replied at 21-6-2023 02:23 PM
kno bwk perangai india ke british
BoongaKertas replied at 21-6-2023 02:21 PM
depa ni mmg kuat ngeseks ke. jijiksnya.
Bedah.Cun replied at 21-6-2023 05:43 PM
Mentang2 lar PM bangsa ngkaw. Hamboiiiiii!!!!
ADVERTISEMENT