Baru-baru ini dalam satu hantaran di grup Facebook B40 Buat Perangan Apa Harini, tular perkongsian seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendapat nota amaran daripada penduduk setempat gara-gara tindakannya meletakkan kereta di taman permainan.
"Salam... saya nak tanya pendapat yang arif bab undang-undang. Saya stay (menetap) Kuala Lumpur, rumah teres. Setiap rumah disediakan satu parkir. "Kami ada dua kereta. Satu lagi kami parkir di kawasan taman permainan iaitu public parking. "Then pagi ini saya dapat amaran seperti dalam gambar," tulisnya. Dalam hantaran yang sama, individu itu turut memuat naik gambar sekeping nota amaran yang diterimanya. "Parking kawasan sini adalah untuk Jalan *** sahaja. Tindakan akan diambil jika ingkar. Dari penduduk Jalan *** DBKL," demikian amaran yang tertera pada nota tersebut.
Menerusi perkongsiannya, individu tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kediamannya terletak di lorong atau jalan lain yang tidak berhampiran dengan taman permainan. Bagaimanapun, dia berpandangan tidak menjadi kesalahan apabila dia memarkir kenderaan di kawasan taman permainan kerana ia adalah kawasan awam. Namun tanpa diduga, tindakannya mengundang rasa kurang senang penduduk berdekatan taman permainan tersebut. Bengang gara-gara mendapat nota amaran, individu itu membuat perkongsian di media sosial untuk bertanya pandangan warga maya "Apa boleh saya buat untuk ajar orang yang duduk rumah teres, (tapi) selera banglo nak parking dua tiga kotak," tulisnya lagi. Bagaimanapun, hantaran individu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya. Ada yang berpandangan bahawa individu berkenaan sebenarnya yang mementingkan diri kerana memarkir kereta sesuka hati meskipun di kawasan awam. "B40 keras. Parking dekat rumah sendiri tak nak. Nak park dekat taman orang lain. Bila dapat surat dari orang yang duduk situ, nak saman mereka pula! Muka tak tau malu. Memang pure B40. "Kalau park dekat taman permainan, tak ada isu. Tapi park depan rumah orang yang ada taman permainan tu yang jadi isu. Masalah ni masalah kamu sendiri, suka-suka park tak tanya orang depan taman," komen netizen. Sementara itu, ada yang menyebelahi lelaki berkenaan dan mencadangkannya agar membuat laporan polis kerana terdapat unsur ugutan. "Pedulikan saja. Kalau mereka kasi rosakkan kereta, buat laporan polis untuk perlindungan diri. Kalau dapat pelakunya, boleh initiate legal action terhadap pelaku. "Anyone boleh parking di public parking selagi tiada gazetted reserved parking. "Orang tu cakap public parking. Kalau orang lain cop, contohnya yang letak nota tuh, makanya orang tu la yang B40 buat perangai," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
nikaido replied at 21-6-2023 10:38 AM
hjg jalan kaw. perumahan adik aku jalan mati so owner2 rumah yg hujung tu selalu park sana. one day ...
zehra2 replied at 21-6-2023 10:23 AM
dpn rumah ku org park bas persiaran. driver tu bukn duduk.tmn ni.pun.
bila report, berpindah2 park b ...
shernazz replied at 21-6-2023 12:22 PM
Bas mmg kena hidup enjin lama kot
Sebab iols naik rapidkl Dolu pung driver dah hidupkan enjin lama ...
zehra2 replied at 21-6-2023 01:35 PM
makan asap weiii kita org kat sini..
ADVERTISEMENT