Penyanyi Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam, Selasa. Berita sedih pemergian Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, disahkan oleh rakan artis iaitu Zur Eda yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga.
"Ya, kak Ana (Rohana Jalil) kembali ke Rahmatullah pukul 11.33 malam. "Dia meninggal dunia di sisi keluarga," katanya ringkas kepada mStar. Sementara itu, menurut pengurus peribadi Rohana yang dikenali sebagai Suzie, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya. Pada Isnin lalu, Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus. Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.
Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
|
ADVERTISEMENT