Bucharest: Pendakwa Raya Romania mengheret personaliti media sosial Andrew Tate, abangnya Tristan dan dua suspek wanita dalam perbicaraan di mahkamah atas tuduhan pemerdagangan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah bagi mengeksploitasi wanita secara seksual.
Keempat-empat suspek berkenaan kini ditahan di rumah tahanan sementara menunggu siasatan jenayah bagi kes penderaan yang dilakukan terhadap tujuh wanita. Bagaimanapun mereka menafikan pertuduhan berkenaan. Kesemua mereka ditahan dalam tahanan polis selama tiga hari dari 29 Disember hingga 31 Mac sebelum mahkamah Bucharest meletakkan mereka di rumah tahanan. Andrew Tate juga didakwa telah merogol seorang mangsa, manakala adiknya Tristan didakwa kerana menghasut orang lain untuk melakukan keganasan.
Mengikut undang-undang Romania, kes berkenaan dihantar ke kamar awal mahkamah, di mana hakim mempunyai 60 hari untuk memeriksa fail kes bagi memastikan kesahihan kes terbabit. Tate Brothers adalah bekas peninju warganegara Amerika Syarikat (AS) dan British mempunyai berjuta-juta pengikut di media sosial. Pendakwa Raya mendakwa kedua-dua mereka merekrut mangsa dengan cara menggoda dan memberi helah untuk mengikat hubungan atau berkahwin. - Reuters Sumber: BH Online
|
Binodino replied at 21-6-2023 09:08 AM
Bukan ke dia ni yang heboh dikata dah revert jadi Muslim? Ke orang lain?
noor2 replied at 21-6-2023 09:13 AM
Seriously...dia ni baru convert muslim....
@capiloton
Bleublue replied at 21-6-2023 09:20 AM
heols dah bebas bulan lepas rasanya. Tuduhan memperdagangkan manusia setakat ni tak terbukti.
capiloton replied at 21-6-2023 10:27 AM
ni berita lama ler, awal tahun hari tu
kes dah di gugur kan, tate pun dah di bebaskan
itu pasai bar ...
noor2 replied at 21-6-2023 10:53 AM
Tq info..
Mmg i tgk Tate ni mcm jujur dalam islam...dia menerima islam sebab dia tgk byk kepincan ...
Bleublue replied at 21-6-2023 09:20 AM
heols dah bebas bulan lepas rasanya. Tuduhan memperdagangkan manusia setakat ni tak terbukti.
ADVERTISEMENT