CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Baru Dilahirkan Ditemui Tepi Jalan, Meninggal Dunia Selepas Dimasukkan Ke Hospital

20-6-2023 11:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 318| Komen: 2

Kajang: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan masih bertali pusat ditemui orang awam di tepi jalan berhampiran parkir sebuah pangsapuri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu bayi dalam keadaan bogel itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 7.07 pagi.


Gambar hiasan

"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri dan tiada sebarang pakaian atau nota ditinggalkan bersama bayi berkenaan.

"Bayi itu dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.

"Setelah rawatan diberikan, pada jam 10.35 pagi pihak hospital mengesahkan bayi berkenaanmeninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak forensik untuk dibedah siasat.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau kedua-dua sekali.

"Sebarang maklumat berkaitan bayi atau ibu bayi berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 0146209960," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 21-6-2023 08:43 AM
lansung x balut apa2x. kesiannya. bergembiralah di taman syurga, dgn Nabi Ibrahim.
Quote Simunggu 21-6-2023 08:44 AM
kasian....sedap sedap buat tapi tak bertanggungjawab

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.182144 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top