CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Saya Masih Ada Dan Dekat Di Hati Peminat – Firman Siagian

20-6-2023 11:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 307| Komen: 1

Penyanyi kelahiran Indonesia, Firman Siagian teruja untuk kembali bertemu peminat di Malaysia yang selama ini tetap menyokong karier seninya yang kini berusia hampir dua dekad.

Jelasnya, peluang untuk menghiburkan peminat tempatan tidak pernah ditolak apatah lagi, dia kini bergabung suara dengan kumpulan popular negara republik itu, ST12.



“Saya gembira dan bersyukur kerana diberi peluang beraksi di Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya di Axiata Arena, Bukit Jalil Mac lalu.

“Sambutan yang diberikan sangat hebat. Konsert itu adalah peluang terbaik saya untuk kembali mendekati peminat di Malaysia.

“Malah, peminat yang hadir juga turut sama menyanyikan lagu-lagu saya. Itu menjadi bukti saya dekat dan masih di hati mereka,” ujarnya.

Firman juga berkongsi, dia bakal menjayakan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) Ke-17 pada 24 Jun ini bertempat di Laman MBPJ dekat hadapan Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.


“Saya terharu diundang menyertai persembahan ini. Sebagai penyanyi saya berpegang kepada satu tujuan iaitu melakukannya seikhlas hati untuk peminat dan semua yang terbabit.

“Tidak kiralah di mana sekali pun, saya tetap akan memastikan peminat yang datang pulang dengan perasaan terhibur dengan persembahan saya,” katanya.

Selain Firman, penyanyi Indonesia, Nabila Maharani juga akan menghiburkan peminat dengan persembahan istimewa di samping penampilan Neeta Manis, Mr 5k dan Aliff Aziz.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 23-6-2023 09:36 PM
Dia ni yang pernah join GV kan? Tak best mana pun vokal dia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top