CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Mangsa 'Scammer', Pesara Hilang RM200,000

20-6-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 290| Komen: 1

Manjung: Seorang pesara kilang berputih mata apabila hilang RM202,787 angkara penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima aduan mangsa berusia 65 tahun pada jam 1.30 petang semalam.



Katanya, penjenayah yang menghubungi mangsa menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terbabit dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan berkaitan akaun mangsa.

"Akibat panik, mangsa menurut kehendak penjenayah dengan menyerahkan butiran peribadi termasuk maklumat perbankan.

"Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang dalam akaun bank berkurangan dan kerugian yang dialaminya adalah sebanyak RM202,787," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jumlah kes membabitkan penipuan menerusi telefon bimbit direkod bagi Januari sehingga 19 Jun 2023 bagi daerah Manjung sahaja adalah 52 kes dengan kerugian RM2.1 juta.


Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata modus operandi yang sering digunakan oleh suspek adalah menghubungi mangsa dan menyamar sebagai penguatkuasa, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), mahkamah, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan penghantar barang.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 21-6-2023 09:59 AM
Anak2 sila lah beri info dan peringatan pd org tua memasing.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.035982 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top