CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadir Kursus Bersemuka, Syarat Baharu Kebenaran Kahwin Di Melaka

20-6-2023 09:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 214| Komen: 0

Melaka: Sijil Kursus Praperkahwinan Islam (KPI) secara dalam talian yang dihadiri pada 1 Jun dan selepasnya tidak lagi diterima, sebaliknya peserta dikehendaki hadir kursus secara bersemuka bagi tujuan permohonan untuk Kebenaran Berkahwin di Melaka.


Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata ia antara penambahbaikan dilakukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi syarat KPI dan temu duga Perkahwinan Islam di negeri itu.


"Ia adalah keputusan mesyuarat yang bersidang pada 17 Mac dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 19 Mei yang bersetuju mengenai penambahbaikan syarat tersebut.

"Selain itu, tempoh sah laku sijil KPI adalah 10 tahun atau untuk sekali perkahwinan sahaja atau mana yang terdahulu, bagi kursus yang dihadiri bermula pada 1 Jun 2023 dan selepasnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut Rahmad berkata pihak-pihak yang dikecualikan daripada menghadiri KPI iaitu individu pernah berkahwin, individu berumur 45 tahun ke atas dan belum pernah berkahwin, warganegara Malaysia yang menetap dan menjalankan akad nikah di luar negara.

Katanya selain itu turut dikecualikan ialah warganegara asing, orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu serta lain-lain kategori atas budi bicara Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan atau Pendaftar.

"Bagaimanapun individu ini digalakkan juga mengikuti kursus bagi melengkapkan keilmuan institusi kekeluargaan di Melaka.

"Bagi individu yang pernah berkahwin, individu berumur 45 tahun ke atas dan belum pernah berkahwin serta OKU pekak dan bisu, mereka diwajibkan untuk menghadiri Temu Duga Perkahwinan," katanya.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.033948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top