CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Timbul Isu Kedaulatan Terancam, Kemasukan Pelajar Rohingya Ke IPT – Khaled Nordin

20-6-2023 08:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2248| Komen: 58

Putrajaya: Tidak timbul isu kedaulatan terancam dalam keputusan sebuah universiti awam menerima kemasukan pelarian Rohingya melanjut pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di negara ini.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebagai negara bertamadun sentiasa terbuka dalam memberi kemudahan kepada pelarian itu dalam mendapatkan pendidikan di negara ini.

Mohamed Khaled.

“Tak ada timbul (isu kedaulatan), soalnya, kita sebahagian daripada negara bertamadun adalah juga diharapkan untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.

“Kita tahu masa depan dia bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Siswa Madani di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, selepas diminta memberi pendapat berhubung kegusaran rakyat tentang kemasukan pelarian Rohingya di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.


Terdahulu, media melaporkan, Penasihat Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Dr. Morshidi Sirat, dilaporkan berkata pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).

Tambah Mohamed Khaled, selain etnik Rohingya, kementeriannya juga turut meminta Qatar supaya membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.

Dalam perkembangan lain, berhubung isu pelatih industri perlu diberi elaun yang munasabah beliau berkata, KPT tidak memaksa syarikat memberi layanan atau faedah yang sama rata antara pekerja dan pelatih industri.

“Semua sedar mereka (pelajar) bukan pekerja tetapi pelatih industri maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan sama (seperti pekerja tetap),” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan insentif berjumlah RM2,000 kepada 31 pelajar IPT yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada Mei lalu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 20-6-2023 08:20 PM
Wow..kerajaan madani..patutla "selayang Rohingya punya".. sebab ada backup besar..
Quote Skuau 20-6-2023 08:43 PM
dulu bekap Negro...naik kali ke-2...bekap rohingya la pulok....
Quote ctaz 20-6-2023 09:07 PM
Tidak Timbul Isu Kedaulatan Terancam, Kemasukan Pelajar Rohingya Ke IPT

syukur.........
yak yak yea..
yak yak yea..

lepas ni boleh buat kemasukan secara besar2an ke dalam sektor2 kerajaan....
syukur.........
yak yak yea..
yak yak yea..
Quote cm_vungtau 20-6-2023 09:26 PM
Kenapa tak kasi more Chinese atau Indian dulu? Daripada kasi pada Rohingya
Quote zuriey 20-6-2023 09:29 PM
Tmpt aku ni ada sekolah khas utk diorng ok
Pagi2 npk la ank2 rohinya ni kedek2 melintas jln nk p sekolah
Rasa nak langgar sekor2
Quote MissYouSayang 20-6-2023 09:39 PM
Huntung warga rohingyuck sebab madanon sudi nak sponser study.......while rakyat sendiri nak mitak elaun intern ciput pun siap kena merayu bagai....
Quote mojarean_X 20-6-2023 09:44 PM
Edited by mojarean_X at 20-6-2023 09:47 PM

Iols ok je as long kita cuba terapkan nilai2 islam pd mereka. Mereka cuma islam pd nama je tp praktis & ibadat ke laut mungkin disebabkan perang & penindasan berterusan pd mereka. Mungkin dgn akses pd pendidikan termasuk pendidikan islam kita mampu merubah masa depan mereka sama ada di Malaysia atau negara2 baru mereka. Tp jauh di sudut hati iols, iols rasa mereka akan terus tinggal di negara ini dan berasimilasi dgn orang melayu di negara ini.
Quote sharlenetexas 20-6-2023 09:48 PM
Edited by sharlenetexas at 20-6-2023 09:49 PM

Rohingya ni takde maruah utk pertahankan tanah sendiri ke? Dah takde telur?
Kalau banding dengan orang Palestin yang sanggup mati syahid.

Screenshot_2023-06-19-15-16-59-60_99c04817c0de5652397fc8b56c3b3817.jpg

[ig]https://www.instagram.com/p/CtmE_YsIsLO/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]


Quote Orangkaya99 20-6-2023 09:51 PM
bodo sgt sgt gi bagi muke ke rohingya...pahtu kekgi rohingya buleh jadi menteri pendidikan ganti mung.. ohh tak lame lagi boleh je rohingya jadi perdana menteri.. bodo sgt sgt
Quote Zack8hunter 20-6-2023 09:55 PM
aku rasa boleh masuk IPTA tp kene byr yuran full ala2 international students.. dan of course dgn merit akademik selayaknya
Quote Firenzza 20-6-2023 10:03 PM
Sementara itu student tanahair bergolok gadai bayar balik ptptn dgn gaji x cukup mkn...x bayar kalu terus blacklist ...tahniah kjn umdap.....
Quote AbukRokok 20-6-2023 10:08 PM
Susah ni sbb qatar yang taja dari segi kewangan
Qatar pula sekutu erdogan
Kang membuat jauh hati pula dgn qatar dan turki

Korang xbaca news ke
Quote CiliPadiSedap 21-6-2023 12:29 AM
Haha ringgit jatuh  tak mampu bela..bela rohingya je lah.

Quote pocongkiutss 21-6-2023 12:31 AM
cm_vungtau replied at 20-6-2023 09:26 PM
Kenapa tak kasi more Chinese atau Indian dulu? Daripada kasi pada Rohingya

Baru nk ckp benda yg sama
Quote JohnDeSouza 21-6-2023 12:41 AM
https://web.facebook.com/Christi ... il/?_rdc=1&_rdr   

isle la konon
Quote JohnDeSouza 21-6-2023 12:42 AM
AbukRokok replied at 20-6-2023 10:08 PM
Susah ni sbb qatar yang taja dari segi kewangan
Qatar pula sekutu erdogan
Kang membuat jauh hati pul ...

pak arab ni bodo ke
Quote JohnDeSouza 21-6-2023 12:45 AM
mojarean_X replied at 20-6-2023 09:44 PM
Iols ok je as long kita cuba terapkan nilai2 islam pd mereka. Mereka cuma islam pd nama je tp prakti ...

mereka ni bahai .x nampak pun berpusu2 ke masjid
Quote mojarean_X 21-6-2023 12:48 AM
JohnDeSouza replied at 21-6-2023 12:45 AM
mereka ni bahai .x nampak pun berpusu2 ke masjid

Itu sbb kita kena brainwash mereka melalui sistem pendidikan
Quote JohnDeSouza 21-6-2023 01:01 AM
mojarean_X replied at 21-6-2023 12:48 AM
Itu sbb kita kena brainwash mereka melalui sistem pendidikan

brainwash konon...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top