Seorang Youtuber menempah padah demi sebuah konten apabila mengalami sesak nafas ketika menanam dirinya hidup-hidup bersama beberapa ekor ular di dalam kubur. Menerusi beberapa video yang dimuat naik semula di TikTok, YouTuber dikenali sebagai Gilang Barbie dari Indonesia itu melakukan eksperimen tersebut kerana mahu mengingatkan orang ramai tentang kematian.
Dalam video eksperimen itu, YouTuber berkenaan dikafankan sama seperti jenazah Muslim bersama alat bantuan oksigen, kamera dan juga kelengkapan komunikasi. Gilang yang 'ditanam' berada dalam kegelapan dengan beberapa ekor ular melilit tubuhnya. Difahamkan, kejadian itu disaksikan orang ramai dan beberapa petugas keselamatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian keadaan bertukar menjadi panik apabila YouTuber tersebut tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana difahamkan dia mengalami sesak nafas akibat kehabisan oksigen. TikTok @barbiegilang_ Petugas dan orang ramai kemudian bertindak pantas dengan menggali kubur tersebut dan Gilang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Susulan itu, mereka segera membawanya ke hospital berdekatan. Sumber: OHBulan
|
sambaldurian replied at 20-6-2023 08:45 PM
Adoi buat latihan ke , x sabar ke alam barzakh pulak dah.
ADVERTISEMENT