HANOI, VIETNAM – Idea luar biasa, seorang wanita di wilayah Bac Giang, Vietnam menggunakan kira-kira 100 kilogram buah laici sebagai hiasan pada majlis perkahwinan anak perempuannya VN Express melaporkan Tran Thi Minh Toan menggunakan buah tersebut sempena musim laci di Bac Giang.
Menurut Minh Toan, dia ingin membantu petani tempatan dengan membeli buah laici dalam kuantiti yang besar selain mempromosikan produk pertanian wilayah berkenaan. “Saya tidak menyangka akan menerima respons sebegini,” kata wanita itu, merujuk kepada pujian daripada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Bagi memastikan buah-buahan itu kekal segar, keluarga Minh Toan merenjis air ke atas hiasan buah laici itu setiap 15 minit. Keluarga pengantin juga memberikan buah laici sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Majlis perkahwinan itu menjadi tular di laman media sosial dengan ramai pengguna memuji idea berkenaan. “Idea yang sangat hebat dan kreatif,” kata seorang netizen. –CARI Sumber: Kosmo
|
grouper replied at 21-6-2023 09:59 AM
Kat msia ada org tanam laici x...
mejaputih replied at 21-6-2023 10:02 AM
Biasa kat kedai yg import dari thailand/china.. Tp sedap kalau kopek pastu simpan dlm chiller..
ally9970 replied at 21-6-2023 09:10 AM
Kalau kaya sikit, ganti ler dgn durian, muahahaha...
ally9970 replied at 21-6-2023 09:10 AM
Kalau kaya sikit, ganti ler dgn durian, muahahaha...
ADVERTISEMENT