CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Filem 1980 Jadi Fenomena Raih Kutipan RM276 Juta, Tapi Pelakon Ini Cuma Dibayar RM1,300!

20-6-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 994| Komen: 3

Seorang petani dari Orang Asli suku San (Pedalaman Namibian, Afrika Selatan) bernama Nǃxau Toma diangkat menjadi pelakon utama untuk membintangi filem bersiri ‘The Gods Must Be Crazy’ arahan Jamie Uys yang popular sejak ditayangkan kali pertama pada tahun 1980. 


Dari 1980 sehingga 1994, lima filem sekuel berjaya ditayangkan dan tidak disangka-sangka ia menjadi fenomena luar biasa dan menaikkan populariti N!xau Toma. 



Dengan jalan cerita yang cukup lucu, begitu ramai yang terhibur menonton filem ini sehingga ia meraih kutipan lebih RM276 juta.

Malang sekali, N!xau Toma yang memegang watak Xixo rupanya mendapat bayaran tidak setimpal dengan upah sekitar RM1,300.

Difahamkan, saat itu petani berkenaan tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai wang kertas. Hal ini kerana sebelum berlakon, hidupnya cuma berkisar tentang kehidupan harian di perkampungan orang asli dan langsung tiada pendedahan tentang dunia luar.




Tahun berganti tahun, sekuel pun semakin banyak, barulah lelaki Afrika ini mula menyedari akan nilai duit. Justeru, N!xau menuntut bayaran yang sepatutnya sebelum bersetuju namanya dirombak semula daripada filem ‘The God Must Be Crazy’ (1989).

Wang berkenaan mahu digunakan untuk membina sebuah rumah yang lengkap dengan kemudian elektrik dan pam air untuk didiami oleh dua isteri serta anak-anaknya. 



Sempat membeli kereta, namun aktor ini dikatakan mengupah seorang pemandu khas memandangkan dia tidak pernah tahu memandu seumur hidupnya.

Menjelang tahun 2000, media Afrika Selatan melaporkan nama N!xau semakin pudar dari industri hiburan. Jadi, dia kembali ke Desa Namibia untuk menjalani hidup sebagai penternak dan petani seperti dahulu.



Sekitar Jun 2003, N!xau yang ketika itu berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat penyakit Tuberculosis (TB).


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-6-2023 10:48 PM
suka tengok cerita ni, lawak betul

tapi tu la. kesian dengan watak utama, kena tipu

semoga keadilan buat dia dan keluarganya
Quote iolss 21-6-2023 02:09 PM
lawak btl cite ni.. i tgk semua movie dia. yg plg lawak yg china dgn panda2 tu...
sian kn exploit...
Quote lasagna 22-6-2023 08:21 AM
cite ni mmg lawak, iols tau cite ni msa kecik2 dlu tgk kt tv2 part botol coke kena rebut dulu, smp skrg masih igt. lepas tu lama tak kuar cite ni kat tv, alih2 kuar lah vcd, lepas tu baru viral cite ni di awal 90an..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.026604 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top