CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Memang Dah Tiada Rasa Kepada Dia' - Shuhada Tak Mungkin Berkawan Baik Dengan Hafidz

20-6-2023 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2814| Komen: 25

Biarpun kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga kini masih belum terlerai, wanita itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam sebentar tadi memaklumkan kesediaannya untuk berpisah. 


Walaupun akan menerima segala keputusan dengan hati terbuka, Shuhada berkata, hatinya sudah tertutup buat suaminya itu.


Harian Metro

“Saya memang dah tiada rasa kepada dia. Semua ini atas pilihan dia, dia yang pilih bukan saya.

“Untuk menjadi kawan baik dengan dia itu, mungkin tidak sebab saya tak percaya seorang suami sanggup tumbuk saya hanya kerana perempuan lain,” ujarnya.

Pada pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menangguhkan keputusan lafaz cerai luar mahkamah antara pelakon, Hafidz dan isteri, Nurul Shuhada 27 Julai depan.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang akan menilai semula kenyataan bertulis kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan pada 27 Julai ini.


Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan cerai di mahkamah pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 20-6-2023 07:00 PM
Tangguh lagi
Quote CoffeeOverdose 20-6-2023 07:34 PM
Berapa byk thread la nak buka utk shoe shelup nih? Bosan! Next please
Quote Binodino 20-6-2023 07:37 PM
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 07:34 PM
Berapa byk thread la nak buka utk shoe shelup nih? Bosan! Next please

Kalau tak mal, mro. Lepas ni kot2 si raline pulak bukak thread sama pasal shelup ni. 'Gempar' kata si raline
Quote dudaberhias 20-6-2023 07:51 PM
dah takde rasa apa ni? choiii...

faham lah ko dah kena hempuk sampai tertinggal peta nismilan kat muka... memang la dah takde rasa nak berkawan...

satu hari ko kena reda jugak kena hempuk dan smackdown tu serupa si zarina sabut nyoq demi anak2...

nanti boleh buat group wasap sama2 dengan acik sabut nyoq tu yach dan tanya tips macam mana nak reda dan tahan sakit bila kena hempuk dan smackdown...

kena sapu clorox base serum seluruh badan ke bagi hilang rasa deria sakit macam si zarina tuh??

Quote putericahaya999 20-6-2023 08:21 PM
Kenapa jawapan berbeza dgn idol
Quote Lentera 20-6-2023 09:52 PM
Susah betui nak bercerai ye
Quote CoffeeOverdose 20-6-2023 10:49 PM
Binodino replied at 20-6-2023 07:37 PM
Kalau tak mal, mro. Lepas ni kot2 si raline pulak bukak thread sama pasal shelup ni. 'Gempar' kata ...

makin gigih la shelup minta perhatian wartawan dgn kisah sedih sheol lps ni kerana limelight yg dia dpt nih.
Quote elzy 21-6-2023 08:19 AM
Shu Shelup fefeeling artis dengan kisah rumahtangganya..
Quote miss_strangers 21-6-2023 08:52 AM
Lain kalini jawapan protege dgn mentor..yela xkan nk nampak sama Sgt..kenal ubah sikit2 walaupn 90% copas
Quote noor2 21-6-2023 08:59 AM
Betul ke x de perasaan langsung dah....susah nk percaya
Quote naina 21-6-2023 09:03 AM
Kalau tiada perasaan biasanya dah move on dan dah tak kisah apa pun pasal lelaki. Tutup mulut dan berlalu pergi.
Quote kepompong 21-6-2023 09:10 AM
putericahaya999 replied at 20-6-2023 08:21 PM
Kenapa jawapan berbeza dgn idol

jap lagi dia akan cakap korban kan perasaan sendiri, sanggup buat apa saja demi anak2 (ber-bff)
Quote kepompong 21-6-2023 09:11 AM
miss_strangers replied at 21-6-2023 08:52 AM
Lain kalini jawapan protege dgn mentor..yela xkan nk nampak sama Sgt..kenal ubah sikit2 walaupn 90%  ...

dia baca porom. terus harini berazam ubah 90% utk buktkan tak tiru
Quote adelea 21-6-2023 09:21 AM
dah laa shuhada , udoh udo le tuuu
Quote Cpkay 21-6-2023 10:00 AM
muka shu takde mengundang simpati orang.. lagi menyampah adalah
Quote prince_marhaen 21-6-2023 10:30 AM
DALAM PADA TAKDA RASA SEMPAT JUGAK KAU MENGANGKANG MINTAK KENA SHELUPPPP....... so propa...so sundal. Sama la laki bini pun.
Quote Binodino 21-6-2023 10:39 AM
Tipulah kau takde rasa. Kau masih ada rasa kat bakal duda kau sebenarnya. Sebab tu kau tak boleh berbaik dengan dia. Kalau kau takde perasaan kat bakal duda kau, kau boleh je berbaik demi anak2 macam sifu kau tu.

Kau masih ada rasa dendam kat bakal duda kau. Just admit it. Walaupun mulut kau kata kau terima ujian Allah, tapi kau masih mengharap bakal duda & skandal dia melingkup dengan seburuk2 balasan kan?
Quote NazRysha 21-6-2023 10:49 AM
dah takde rasa tp masih menadah masa tu hahhahaha
Quote kucingitam 21-6-2023 11:47 AM
kau kena hempuk tu bukan sebab skendel, mesti sebab mulut kau macam bontot ayam ritu.....kitorang yang baca ni je rasa menyampah, apetah lagi apiz yg dengar kau bercakap..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042761 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top