Tular di media sosial, satu video menunjukkan seorang kanak-kanak yang mengalami simptom terakhir penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai anjing gila. Dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu diberi air minuman namun dia terus menunjukkan simptom hydrofobia atau fobia terhadap air.
Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan seperti sawan setiap kali cuba untuk minum air. Simptom terakhir hydrofobia ini akan mengakibatkan mangsa sentiasa haus tetapi akan mendapat sawan atau kekejangan selepas cuba meminum air. Apa yang yang lebih membuatkan warganet bersimpati apabila ibunya bertungkus lumus memeluk anaknya yang sedang bertindak balas terhadap air.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih melihat keadaan kanak-kanak berkenaan malah, ramai yang mendoakan kesihatannya. “Ya Allah, berikan lah kesembuhan untuk adik ini. Allahukabar, sedih aku tengok budak tu. Beginilah sebab aku takut betul dgn anjing, walaupun anjing tu kecil, sumpah takut,” tulis netizen. Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar. -CARI Sumber: Harian Metro
|
whimsicalmusic replied at 20-6-2023 09:30 PM
kalo tahap ni mmg da xleh buat ape ke? tunggu mati je? kesian iolls tgk die terseksa
botok replied at 20-6-2023 09:51 PM
Once symptom dah keluar dan lambat mendapatkan rawatan (vaksin dan immunoglobulin) pengakhiran nya ...
awanearisu replied at 20-6-2023 10:57 PM
Kita tak cukup kuat untuk tonton video tersebut
botok replied at 20-6-2023 09:51 PM
Once symptom dah keluar dan lambat mendapatkan rawatan (vaksin dan immunoglobulin) pengakhiran nya ...
ADVERTISEMENT