Seorang peragut berjaya ditahan hasil tindakan pantas orang awam dalam kejadian di Jalan Macalister di sini, pada Ahad lalu. Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 malam selepas meragut wanita warga asing sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Honda EX-5 itu meragut beg mangsa sebelum gagal melarikan diri dan diberkas orang awam. “Hasil semakan mendapati motosikal yang ditunggangi suspek merupakan motosikal curi yang dilaporkan hilang dalam daerah Timur Laut. “Selain itu, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
|
ADVERTISEMENT