Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia mendakwa bekas suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Bukan itu sahaja, Sofia turut mendakwa bahawa Zaiza tidak membayar yuran persekolahan anaknya.
“Ya Allah… anak orang semua pergi sekolah… anak aku duduk dengan dia (Zaiza), dia tak hantar pergi sekolah. “Dah la tak bayar sekolah anak, aku yang bayar tunggakan 6 bulan… apa lagi lah dugaan. “Kenapa lah nak rosakkan masa depan anak-anak. Memang jenis keluarga yang tak menghiraukan masa depan ke? Cukup lah yang tua bangka dah rosak, jangan babitkan anak-anak aku,” katanya. Malah, Sofia meluahkan bahawa selepas mereka bercerai sikap Zaiza menjadi semakin teruk dan mungkir janji untuk berdamai. “Rupanya dah lafaz cerai lagi teruk perangai. Aku nak berdamai, nak buat cara baik… Dan kau kata OK. “Kau tipu aku… You hang on there… setiap sen aku tuntut. Aku tak mau tau, kau ada duit ka takda, ada kerja ka takda… “Eddah aku kau tak mau bayar? Pi buat mahkamah sendiri. Shame on u,” luahnya lagi. Terdahulu, Sofia dan Zaiza sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu selepas lebih enam bulan digantung tak bertali. -CARI Sumber: XTRA
|
_blackbird replied at 20-6-2023 06:46 PM
nasib baik dia tak dakwa ex laki dia hacker mcm sis @Bipolajourney sambil ke hulu ke hilir londeh ki ...
dudaberhias replied at 20-6-2023 10:52 AM
tapi coincidence gittuh thread ni... rhoper yang sis @Bipolajourney rebut2 kan tu pun hitam legam ...
ADVERTISEMENT