Tular video dua remaja lelaki melakukan aksi 'wheelie' ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya dipercayai di Perak pada Isnin. Bukan sahaja tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri, malah mereka membahayakan pengguna jalan raya lain, kedua-duanya tidak memakai topi keledar dengan rakannya yang membonceng di belakang menghisap rokok elektronik.
Namun, tumpuan warganet lebih terarah kepada perbuatan si penunggang yang mempamerkan gaya duduk bersilang ketika melakukan aksi tersebut. Dalam pada itu, video berdurasi 45 saat itu dipercayai turut dirakamkan oleh seorang lagi individu yang menunggang di belakang mereka. Rata-rata warganet menggesa agar pihak polis mengambil tindakan terhadap remaja terbabit yang didakwa boleh mengundang kemalangan.
|
ADVERTISEMENT