Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan terhadap seorang pemotong rumput atas tuduhan melakukan hubungan seks terhadap anak tirinya.
Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seks dengan yang berusia 12 tahun di daerah ini, jam 3 pagi pada April lalu dan melakukan kesalahan sama terhadap mangsa pada jam 6 pagi, 4 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan berkenaan. Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 15 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT