CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Makin Ramai Tapi Menumpang Rumah Ibu, Lelaki Bakar Motor Abang Sebab Tak Nak Pindah

20-6-2023 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2800| Komen: 31

Berang abang enggan berpindah dari rumah ibunya, lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dadah, membakar motosikal abangnya.

Sebelum kejadian di Kampung Sri Panchor, dekat Pagoh, semalam, suspek berusia 30 tahun beberapa kali meminta abangnya yang menumpang di rumah ibunya sejak berkahwin, supaya mencari rumah lain memandangkan bilangan anaknya semakin ramai.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan abangnya berusia 40-an sehingga tercetus perang mulut yang kemudiannya membawa kepada insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.59 tengah hari semalam.

Beliau berkata, suspek didakwa mengamuk sebelum membakar motosikal jenis Honda ADV150 milik abangnya.

"Berikutan itu, polis menahan suspek selain turut merampas pemetik api yang disyaki digunakan dalam kejadian ini. Motif dan punca kejadian disebabkan perasaan tidak puas hati antara mangsa dan suspek.


"Siasatan awal polis juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau iaitu kes dadah dan dua kes jenayah lain," katanya ketika dihubungi.

Raiz Mukhliz berkata, suspek sudah direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-6-2023 06:04 PM
Si abang pung
Adik bising mesti kau tak pernah sumbangkan duit dalam rumah tu kan...
Moto adv tu...
Quote TabletSusu 20-6-2023 06:26 PM
shernazz replied at 20-6-2023 10:04 AM
Si abang pung
Adik bising mesti kau tak pernah sumbangkan duit dalam rumah tu kan...
Moto adv tu...

aku percaya je siatuasi dia mcmni.. ntah2 adik yg so call ada rekod jenayah ni yg kerja pagi smp malam cari duit bela mak.. terpaksa bela sekali abang sefamili.

anak kesayangan ke hapa si abang ni..? mak xboleh tegur ke si abang tu?
Quote kelapaparut 20-6-2023 06:37 PM
knp dlm situasi ni aku rase nak sokong adik dadahnye iteww
Quote menjad 20-6-2023 06:40 PM
Dah beranak pinak pung masih menumpang rumah mak bapak. Loserrrr betul.

Quote Zeatyisaac 20-6-2023 06:40 PM
Entah2 mak dia yang suruh adik tu tegur. Mak sendiri tak terdaya nak tegur. Anak lelaki berumur 40 tahun, kalau mengamuk, you rasa?
Quote Ayda89 20-6-2023 06:44 PM
Ni mesti mak nya selalu mengadu kat si adik psl si abg. Nak cakap sendiri takut la tu.. Abg lak tak paham bahasa xreti berambus anak dah ramai pun..rasakan moto kena bakar haa
Quote dudaberhias 20-6-2023 06:46 PM
ni ke ex sis @Bipolajourney tu?

patut la profile tunjuk last visit pukul 4 petang lebih tadi... lepastu senyap je dari pagi tadi rhoperrnyaaa tengah naik bas persiaran nak pergi visit ex di dalam lokap...

cc @_blackbird

Quote che-cikL 20-6-2023 06:49 PM
Atau sebenarnya abg tu menjaga org tuanya, supaya adiknya si penagih tak mengikis menggadai reta benda dlm rumah tu?  
Quote _blackbird 20-6-2023 06:51 PM
dudaberhias replied at 20-6-2023 10:46 AM
ni ke ex sis @Bipolajourney tu?

patut la profile tunjuk last visit pukul 4 petang lebih tadi... lep ...

takda pula disebut suspek SEORANG HACKER (bold word, nak highlight mcm sis @Bipolajourney tak reti ). penting tauuu kena mention hacker ke hulu ke hilir
Quote Jitu 20-6-2023 06:58 PM
kena dgr cerita dr dua belah pihak dulu baru blh komen

Quote green~tea 20-6-2023 07:09 PM
Hahahahhahahahhaha... sampai ke sini deme meroyan yeh.. berpinar mata tengok screenshot berconteng2
Quote krustykrab 20-6-2023 07:28 PM
Kalau ada rekod dadah tu hmmmm je lah
Quote lattehazelnut 20-6-2023 07:36 PM
che-cikL replied at 20-6-2023 06:49 PM
Atau sebenarnya abg tu menjaga org tuanya, supaya adiknya si penagih tak mengikis menggadai reta ben ...

Knp xbawak mak duduk rumah diorg kalau nak jaga sgt..
Umur 40an anak berderet xde rumah sendiri..
Quote kepompong 20-6-2023 07:38 PM
Jitu replied at 20-6-2023 06:58 PM
kena dgr cerita dr dua belah pihak dulu baru blh komen

mak yg panggil abang suh duduk situ sbb adik mendadih? logik tak . haih tapi yg pasti mak tu gagal lah ye. 2-2 anak entah apa2. Nauzubillah sesiapa jadik gini
Quote che-cikL 20-6-2023 07:42 PM
lattehazelnut replied at 20-6-2023 07:36 PM
Knp xbawak mak duduk rumah diorg kalau nak jaga sgt..
Umur 40an anak berderet xde rumah sendiri..  ...

Entahlah nokksss iols bukannya abang yg tersebut itu. Iols hanya Acik forum yg buat spekulasi saja, sebab atas2 iols semua #teampenagih katanya
Quote gigahertz 20-6-2023 08:09 PM
TabletSusu: aku percaya je siatuasi dia mcmni.. ntah2 adik yg so call ada rekod jenayah ni yg kerja pagi smp malam cari duit bela mak.. terpaksa bela sekali abang ...

i yakin abangnya yang membela. tapi adiknya tu jadi mayat hidup.
abangnya mesti anak ramai pastu lahir rapat rapat.
yang ni teriak yang ni nak main.
Quote newyork 20-6-2023 08:30 PM
Stressnya jd mak dia..
Quote blue_blur 20-6-2023 08:53 PM
mana adek tak panas, motor ansuran tu lebih kurang sama dengan sewa rumah kat kampung pagoh tu.... (anggap kejadian berlaku waktu adeknya waras)
Quote hareeeesah 20-6-2023 09:50 PM
Dh mat dadah ssh la nk buat keje kalau anak buah bising sana sini kot

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.076600 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top