CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Terkejut Tengok Bil Bulan Ni?

20-6-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4666| Komen: 102

Warganet baru-baru ini mengeluh berhubung bil elektrik masing-masing yang didakwa melonjak dalam tempoh beberapa bulan lalu meskipun tahap penggunaannya tidak berubah berbanding sebelum ini.

Ramai juga meluahkan perkara sama dengan menunjukkan tangkap layar bukti kenaikan bil elektrik yang dihadapi.



Pada masa sama, terdapat juga warganet yang berpandangan bahawa kenaikan tersebut sememangnya dijangkakan kerana sejak beberapa bulan lalu, negara sedang mengalami cuaca yang agak panas.

Isu peningkatan harga bil elektrik yang ditimbulkan warganet ini berlaku di tengah-tengah tempoh ketika kerajaan kini sedang membuat persediaan bagi melaksanakan subsidi bersasar bagi penggunaan perkhidmatan tersebut.






Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 25 Mei lalu berkata, mekanisme baharu Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan pelaksanaan subsidi bersasar tarif elektrik dijangka diumumkan hujung tahun ini.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) siap.


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-6-2023 05:39 PM
Dah tarik subsidi le tu....hehe
Quote prettyuglybabe 20-6-2023 05:59 PM
haah.. i perasan bil tnb naik banyak..
padahal sama je penggunaan dengan sebelum ni..
Quote green~tea 20-6-2023 06:04 PM
Edited by green~tea at 20-6-2023 06:08 PM

Tak terlibat dalam kenaikan bill sbb dah fully optimized energy use kat rumah ni


weols dah installed smart switches seluruh rumah, utk pagar, aircond2, washer dryer, lampu2 luar dalam rumah, water pump, heater, even mesh wifi tingkat atas bawah pun dah connect smart switches....

>80 switches tingkat atas dan bawah, so kena bahagi2 ikut grup / gang....

Dalam apps ni setiap benda/switch ada report energy usage... so kita buleh tutup memana and off bila tak perlu..

Rumah iols tak perlu solar panel..

Yang iols nak pasang solar panel adalah dekat resort iols... sbb situ bill letrik ribu2 setiap bulan, commercial rates...

Dalam gamba bawah ni google home weols... i cuba add on mana yang kerap iols tekan sahaja / grouping  mana perlu... tak perlu add menyemak semua switches nak report masuk...
Quote hyie 20-6-2023 06:07 PM
iye noks, meols di musim panas ni guna kipas je pun, takdanya bukak aircond. Penggunaa letrik pun sama je. Tu pun naik jadi rm50 lebih yihhh...selalu rm40-45 gitu jurrr
Quote dudaberhias 20-6-2023 06:10 PM
Iyer memang naik bulan ni... Padahal kegunaan elektrik sama jah siap dah monitor pakai app... Takde elektrik yang terlepas guna tanpa pengetahuan ke atau suis peralatan tak off...

Samada subsidi dah takde atau jeng jeng jeng...

Quote Kitty_catz 20-6-2023 06:12 PM
ok jah.. tak terkejut beghuk sangat.. ingat dah cecah ribu.. masih bawah paras seribu
Quote tripleid 20-6-2023 06:16 PM
Edited by tripleid at 20-6-2023 06:36 PM

Eloklah subsidi bersasar...kalo masih bawah gomen tebok atap,tak kira ko bifoti ka,titwenty ka semua kena bil api naik.

IMG_20230620_181846.jpg

271441658_2093115664200273_468675221818903577_n.jpg
Quote Jitu 20-6-2023 06:16 PM
oh tak perasan pulak nnt nak tengok bil bln ni
Quote acikhan 20-6-2023 06:24 PM
masih maintain rm50-rm60 setiap bulan utk kegunaan
* 1 tv
*5 kipas
*1 mesin basuh
* 2 peti ais
walhal berdebor nunggu bil n baca kat fb rata2 pasal bil...
Quote Orix 20-6-2023 06:30 PM
igtkan iols sorg jah bil mencanak bulan ni
Quote msdummy.2018 20-6-2023 06:38 PM
Aku xpki air cond.naik pun double
Quote msdummy.2018 20-6-2023 06:40 PM
green~tea replied at 20-6-2023 06:04 PM
Tak terlibat dalam kenaikan bill sbb dah fully optimized energy use kat rumah ni



Mahal tak uols buat smart switches nih..kena wat wyring balik 1 rumah ker?
Quote nikaido 20-6-2023 06:46 PM
tnb buat balik dah. several years ago penah buat naik bil tiba2 sampai kena ditanya kerajaan
Quote green~tea 20-6-2023 06:47 PM
msdummy.2018 replied at 20-6-2023 06:40 PM
Mahal tak uols buat smart switches nih..kena wat wyring balik 1 rumah ker?


Tak mahal langsung and tak perlu re-wiring pun.. just tukar switches kepada smart switches sahaja.. beli sendiri "smatrul lazada"...  brand Mi, Samsung pun ade, tp mahal lah, tak padan dengan function switch..

I beli ~100 switches (tmasuk 2, 3 or 4 gang ikut design switches rumah korang), 2 gateway (utk wifi connection tingkat atas dan bawah) .. gateway ni penting sbb tanak kasi jem switches tu bila overload data transfer, utk lebih 50 switches...  kalo rumah condo, takyah gateway pun direct connect wifi je terus, tp rumah landed >50 switches, kena beli gateway 2 utk tingkat atas dan bawah...
Total cost switches/gateway dalam RM1k


Kos upah wireman RM 400 je
Quote green~tea 20-6-2023 06:49 PM
nikaido replied at 20-6-2023 06:46 PM
tnb buat balik dah. several years ago penah buat naik bil tiba2 sampai kena ditanya kerajaan

I ingat kisah ni masa tu tansri amir hamzah jadi ceo tnb.. pehtu now heols dekat epf.. harap takde f*ck up lah company
Quote green~tea 20-6-2023 06:54 PM
msdummy.2018 replied at 20-6-2023 06:40 PM
Mahal tak uols buat smart switches nih..kena wat wyring balik 1 rumah ker?

I suka pakai smart switches and apps google home ni sbb boleh control sume dari phone.. even kat opis pun buleh off on mesin2 kat rumah..  i pasang jugak sensor dekat pagar, dekat pintu rumah depan belakang, dekat fridge... so that kalo org buka time kitorg takde, dia terus alert kat phone..

Loceng pagar oun byleh connect apps sama, kalo org tekan,kita takde kat rumah or ralit duk atas, tak dengar loceng, dia akan bg alarm notification kat phone


Ada detail report penggunaan kat appliance mana culprit bil mahal...  sbb dia siap report in kilowatt.  

Buleh set presence sensing, maknanya bila kita cecah kaki keluar rumah je, takde phone kita di area rumah, dia auto off everything takde setitik pun letrik boleh mengalir (over tak aku describe )

Boleh set timer juga utk wifi, heater,...  time tido off automatic.. bila celik mata dia ON

Mcm2 jenis logic ko buleh set
Quote bakingsoda 20-6-2023 07:11 PM
mcmn org boleh tuduh tarif dinaikkan sedangkan kadar tu terpampang jelas dlm bil masih sama? tak reti baca bil ke ape walaun dlm fb rancak mempitenah subsidi dah kena tarik tapi sekor pon tak berani tunjuk yg kadar tak berubah


btw rumah kitorg pulak makin turun setiap bulan

Quote kakigojes 20-6-2023 07:20 PM
green~tea replied at 20-6-2023 06:04 PM
Tak terlibat dalam kenaikan bill sbb dah fully optimized energy use kat rumah ni



Oh wow, this is advanced! Nak tips macam mana nak install semua ni? You baca anywhere? Or self initiate to install them
Quote kakigojes 20-6-2023 07:21 PM
green~tea replied at 20-6-2023 06:47 PM
Tak mahal langsung and tak perlu re-wiring pun.. just tukar switches kepada smart switches sahaja. ...

Oh baca ni

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.295781 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top