Seorang wanita berkongsi kisah tentang insiden gambar anaknya diambil tanpa izin oleh individu tidak dikenali. "Saya pernah sekali di taman permainan, saya nampak seorang lelaki bersembang dengan anak dari jauh. Saya tengok je.
"Kemudian dia ambil gambar anak saya. Saya terus datang ke arah lelaki tu dan tanya you ambil gambar anak I ke? Boleh buka handphone? "Lelaki tu mengaku, memang ada ambil gambar anak lelaki saya sebab dia bijak dan nak share dekat kawan dia,"tulisnya di Twitter.
Menurut wanita itu lagi, dia berkeras meminta lelaki berkenaan untuk memadam gambar anaknya sesegera mungkin. "Saya cakap dekat dia tak boleh buat macam tu. Tak boleh ambil gambar seseorang tanpa kebenaran atau pengetahuannya. Jangan hanya main snap. "Saya minta dia delete sekarang. Ini anak saya dan saya tak bagi kebenaran. Dia tanpa banyak soal bersetuju untuk delete gambar tu terus. "Terketar-ketar tangan dia waktu nak delete gambar-gambar tu. First time nampak seorang lelaki takut sampai macam ni. Dia minta maaf berkali-kali," ujar wanita itu. Menerusi insiden itu, wanita tersebut mendapat beberapa pengajaran yang penting pada masa akan datang. "Pertama, kita kena beritahu anak kita yang jangan cakap langsung dengan orang asing. Zaman sekarang ni tak boleh bersangka baik. "Kedua, kalau rasa curiga, ambil tindakan dan jangan hanya menunggu. Kena beranikan diri. Jangan rakam insiden tu untuk diviralkan ke media sosial dan dibincangkan. Settle terus di situ." ujarnya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menceritakan pengalaman mereka dalam situasi sama. "Saya pernah macam ni dekat kedai perabot. Pekerja tu warga asing. Dia selfie dengan anak. Suami tak nampak tapi saya perasan. Saya terus pergi berdepan dengan dia sebab saya bukan jenis takut punya orang. "Dia cakap dia selfie dengan anak sebab nak tunjuk dekat anak dia di kampung. Sikit pun saya tak percaya. Saya beritahu suami suruh dia delete atau saya akan heret dia ke balai polis. "Saya kadang tak sampai hati nak tegur orang macam ni, sebab nampak diorang ikhlas happy dengan anak kita waktu tu. Tu yang rasa berat hati nak kacau takut rosak mood diaorang. "Selepas tengok ni baru saya sedar kepentingan untuk dapatkan kebenaran, kita tak tahu jika orang itu pedofil, gila seks atau sebagainya, kena hati-hati," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|