CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelibat Lelaki Tanpa Kepala Dirakam Di Puncak Gunung

20-6-2023 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2060| Komen: 21

JAKARTA  – Sebuah video tular memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur.

Okezone melaporkan,Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto.




Dalam video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang  yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya.

Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat.


Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera.

Reaksi kumpulan pendaki tersebut juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran lembaga itu.

Rata-rata netizen berpendapat, sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera.

“Kalau menunduk, kenapa kepalanya tidak kelihatan kerana badannya menghala ke arah kamera?” soal seorang netizen.

Namun, terdapat juga yang percaya bahawa susuk itu ialah manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya. Menurut mereka, kepala lelaki itu tidak kelihatan kerana keadaan puncak gunung yang berkabus tebal.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-6-2023 05:15 PM
Eh hanat.
Cita mcm ni nk masok bod paranormal pon xlayak ko tau.
Quote Samerosie 20-6-2023 05:23 PM
Amboi! siap pegang phone dgn pakai jam.  Camne kau nak tengok hanat kau tak de kepala....

Indon ni kan patut paling je yg perakam ke bawah baru padan muka.
Quote PULANGKAN 20-6-2023 11:09 PM
ustaz kata, kejadian ini normal, terutamanya hari Jumaat

banyak jadi penanggal, terutamanya waktu khutbah solat Jumaat
Quote B40tastePosh 20-6-2023 11:14 PM
PULANGKAN replied at 20-6-2023 11:09 PM
ustaz kata, kejadian ini normal, terutamanya hari Jumaat

banyak jadi penanggal, terutamanya waktu k ...


Hahaha...even meols sembahyang kat Masjid Negeri pun boleh jadi penanggal
Quote plywood 20-6-2023 11:22 PM
PULANGKAN replied at 20-6-2023 11:09 PM
ustaz kata, kejadian ini normal, terutamanya hari Jumaat

banyak jadi penanggal, terutamanya waktu k ...


Quote AbukRokok 20-6-2023 11:32 PM
Itu cetan / setan
Quote rosedemon 21-6-2023 08:54 AM
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote shamsadis 21-6-2023 08:59 AM
kalau berita dari seberang laut tu, abaikan je
Quote ally9970 21-6-2023 09:09 AM
Berita from indon....hmm, nak bagi benefit of doubt pun susah...
Quote ardent91 21-6-2023 09:50 AM
zaman moden ni susah nk percaya sbb ada byak app yg leh nak mengedit video and gambar..

cumer yg bestnyer bila dulu2 waktu app nak edit2 gambar/video ni masih belom ada lg... contoh pernah baca kat mastika citer sorg pemandu teksi die jemput sorg mamat indon ngan sorg pompuan waktu malam. Mat indon informed driver tu yg dorg dua nak g Bukit Belacan.. pastu driver tu tgok dri cermin, die nmpak yg pompuan tu xder kepala
Quote grouper 21-6-2023 09:53 AM
Penuh la atas gunung tu geng paranormal buat live....
Quote kucingitam 21-6-2023 12:12 PM
apa nak heran, dia pakai cap hitam, sama kaler dgn baju...mana nak nampak kepala... kau tak pernah tgk video kucing hitam atas kerusi hitam? tiba2 dia toleh baru tau ada kucing, tu pun sbb mata warna kuning..
Quote green~tea 21-6-2023 12:13 PM
Roh tak tenang kewwwww.. kamon kamon para pemburu kisah mistik cepat hikjng
Quote myakayina 21-6-2023 03:31 PM
ni bukan setingan kan..
Quote ctaz 21-6-2023 03:56 PM
MASTIKA SUNGGUH VIDEO ITU
Quote copy_paste 21-6-2023 04:00 PM
dia pakai baju hitam,dia tunduk kepala dengan rambut hitam mensamarkan kepala dia,
Quote Skuau 21-6-2023 04:02 PM
tudia...Si INDON dari Gua Hantu....
Quote antikorok 21-6-2023 04:32 PM
Best nyehhh suasana gunung berkabus tetapi di overshadow dengan citer Mastika versi Yindon. Knowing negara ni suka scam citer penampakan2 tuh semua jadik konten murahan maka sila flip hair sajork humban jahh citer ni dlm tong sampah aja layaknya
Quote CoffeeOverdose 21-6-2023 04:40 PM
Terpaling paranormal eh!

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046199 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top