PETALING JAYA – Beberapa ekor lembu menceroboh sebuah majlis kenduri kahwin yang dihadiri ramai tetamu jemputan baru-baru ini. Menerusi rakaman video Aditt yang dimuat naik di aplikasi TikTok, keadaan menjadi tidak keruan apabila lembu-lembu tersebut tiba-tiba datang dan makan makanan yang ada di pinggan tetamu di atas meja.
“Kecoh! sapi tiba-tiba datang ke majlis kahwin,” tulis pemilik di kapsyen. Rakaman juga menyaksikan orang ramai ketakutan sehingga ramai yang bangun daripada tempat duduk masing-masing sambil menjerit-jerit panik. Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berseloroh kerana terhibur melihat suasana yang terjadi di kenduri tuan rumah.
“Jangan lah takut, dia pun mahu makan kenduri,” seloroh Minong. “Lembu pun dijemput ya, bagus sungguh tuan rumah ni,” komen Jalizaosman. “Aduhai terhibur lah, semoga murah rezeki tuan rumah, semua dia jemput,” komen Raden. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT