Seorang individ membuat pengakuan terbuka mengenai kisah hubungan intimnya. "Saya masih muda, sudah berkahwin, seorang wanita Melayu. Tapi tidak pernah mendapat layanan seks hampir lima bulan sekarang. Bukan PJJ (pasangan jarak jauh) pun. Ajak bincang, tak nak bincang," tulisnya di Twitter.
Menerusi garis masa yang terpapar, ciapan berkenaan dibuat pada Jun 2021. Dalam satu ciapan oleh individu lain, dia memberi respons menerusi 'qoute tweet' daripada ciapan asal yang dibuat wanita berkenaan. "Lagi enam bulan masuk tahun keempat dalam sexless marriage ni. Lama juga aku bertahan tanpa 'makan luar' (seks dengan bukan pasangan). Saya bangga dengan diri sendiri hahahaha," demikian ciapannya. Sementara itu, seorang lagi individu turut berkongsi kisah yang hampir serupa. "Hampir sama dengan kisah aku. Wife tak suka seks. Dah tiga tahun lebih," kongsinya.
Macam-macam punca boleh jadi, itu sebab perlu terbuka dengan perbincangan... paling tidak jumpa kaunselor. Bagaimanapun, pengakuan-pengakuan individu berkenaan tidak menyatakan dengan lanjut mengapa pasangan masing-masing dingin dalam hubungan seks. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan kerana situasi sedemikian sudah dianggap seperti perkara normal bagi pasangan-pasangan yang menghadapinya. "Macam makin banyak kes macam ni. Baik laki atau perempuan. Kalau masalah sakit tu lain ceritalah. Tengoklah dia kata ajak bincang, tak nak bincang. "Apa yang berlaku kepada mereka? Seks sepatutnya menyeronokkan dan dinikmati. Masa inilah kamu akan meneroka setiap inci tubuh masing-masing. Tapi itulah... Lain orang lain caranya. Salah satu sebab saya tak pernah tolak petua orang lama. Makan jamu," komen netizen. Sementara itu, ada di antara netizen yang berpandangan perkara tersebut terjadi kerana pelbagai sebab, antaranya trauma, penyakit dan banyak faktor lain. Netizen menasihatkan mana-mana pasangan yang berdepan dengan situasi serupa agar mencari jalan penyelesaian. Justeru mereka menyarankan agar mana-mana pasangan yang berdepan dengan situasi sedemikian agar tidak membiarkan ia berlarutan sebaliknya segera mencari jalan penyelesaian demi keharmonian rumah tangga. "Saya ada seorang rakan yang memang tak suka melakukan hubungan seks. Kalau husband dia minta, dia rasa macam terpaksa dan tak pernah rasa seronok. Saya rasa, aseksual (tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks) sememangnya wujud dalam kalangan kita. "Aseksual memang wujud cuma saya hairan ia boleh sembuh tak? Kalau takde mood sebab penat apa semua, boleh workout dan jaga makan untuk stamina. "Macam-macam punca boleh jadi, itu sebab perlu terbuka dengan perbincangan... paling tidak jumpa kaunselor. Kena atasilah masalah macam ni," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
capiloton replied at 24-6-2023 09:05 AM
kalau lelaki asexual, aku boleh agak apa punca nya
1. sebab selalu sangat kena reject dengan bini
ADVERTISEMENT