Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditanya mengenai khabar angin kononnya pelakon itu bakal berumah tangga dengan wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka berkata, dia menyerahkannya kepada Allah SWT.
"(Kalau mereka nak kahwin) saya serahkan segalanya kepada Allah. Allah janji, pembalasan-Nya lebih pedih. "Untuk anak-anak berjumpa bakal ibu tiri, itu semua atas kehendak anak-anak sendiri sebab mereka memang menentang perkara ini. "Saya tak mahu mengganggu emosi dan mental anak-anak. Cukuplah saya yang hadap semua ini," kata Shuhada, 29, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam kepada Harian Metro. Ditanya mengenai penjagaan anak-anaknya, Humairah dan Umar, kedua-dua mereka akan dijaga oleh Shuhada di kampung halamannya di Perlis. "Anak-anak akan dibesarkan oleh saya di Perlis. Kalau Hafidz nak berjumpa anak-anak, dia boleh ke Perlis," katanya.
Diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggapnya tidak dapat 'move on', Shuhada menjelaskan bahawa ia bukan berkaitan perasaannya terhadap Hafidz. "Kalau bercakap mengenai 'move on', dari segi apa? Sebenarnya, bukanlah saya nak kembali kepada dia. Bila Allah uji dan tegur hati kita, Allah pinjamkan kebahagiaan dan ambil semula, jadi, 'move on' untuk saya adalah antara saya dan ujian Allah itu. "Insya-Allah, ia akan berlaku, tetapi akan mengambil sedikit masa. Bukanlah saya tak boleh 'move on' daripada dia atau apa," katanya. Shuhada dan Hafidz hari ini hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz talak, namun, keputusan itu ditunda ke tarikh 27 Julai depan. Sumber: Harian Metro
|
MatDeghem replied at 20-6-2023 03:16 PM
move on tu....makna nya ko dah tak kesah lah dorang nak kawin ke tidak. Tuhan balas cash atau credit ...
ADVERTISEMENT