CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Kena Cekup, Penyeludup Lari Tinggal Ganja Tepi Pagar Sempadan

20-6-2023 02:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 197| Komen: 3

Padang Besar: Seorang lelaki lari meninggalkan ketulan mampat ganja dengan anggaran berat sekilogram setiap satu sebaik saja menyedari gerak-gerinya diperhatikan pihak berkuasa.

Lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu berada di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, dekat sini dipercayai cuba menyeludup 11 ketulan mampat ganja dianggar bernilai RM34,000, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu tujuh anggota termasuk seorang pegawai Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar ladang getah berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Chuping.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata anggota ternampak motosikal dinaiki seorang lelaki di negara jiran sedang berhenti berhampiran pagar keselamatan Malaysia-Thailand dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari gerak gerinya diperhatikan kita, suspek kemudian melarikan diri.


"Hasil pemeriksaan di kawasan terbabit kemudian menemukan satu guni berwarna putih di mana di dalamnya terdapat satu kotak mengandungi 11 bungkusan plastik lutsinar ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dengan anggaran 11 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata, siasatan awal mendapati bekalan ganja itu diseludup dari negara jiran menggunakan 'laluan tikus' di kawasan ladang di Chuping.

"Tiada tangkapan dilakukan namun rampasan ganja berkenaan dianggarkan bernilai RM34,100," katanya.

Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cranell 20-6-2023 02:37 PM
siap ada brand tu yg x bleh blah
Quote zafira 20-6-2023 03:05 PM
brand daun pakalolo lak tu...
Quote Sazreena 20-6-2023 04:56 PM
Dapat 1 paket pun konfem tenang sebulan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.612109 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top