Sekitar Mei lalu, Pengasas Founder Misi iaitu Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkongsikan berita gembira kutipan dana rawatan bernilai RM9 juta untuk Baby Naail telah mencapai target lebih cepat daripada jangkaan hasil sumbangan orang awam dan beberapa pengasas produk tempatan.
Lebih sebulan berlalu, namun platform untuk memberikan derma kepada tabung Baby Naail masih dibuka, mencetus perdebatan pengguna Twitter. Tabung yang masih aktif mengutip derma itu mula menjadi pertikaian. Isu itu sekali gus membangkitkan rasa curiga mengenai ketelusan proses saluran dana tersebut. Tidak menunggu lama, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi muncul memberikan jawapan mengenai kecurigaan ramai.
Rupanya, tabung Baby Naail sememangnya masih aktif mengutip dana dan baki lebihan itu kemudiannya akan dipindahkan untuk menampung kos Baby Athif pula. Terdahulu, media pernah melaporkan kedua-dua anak kecil ini mempunyai komplikasi kesihatan dan kos rawatan yang sama. Sumber: Kisah Dunia
|
dudaberhias replied at 20-6-2023 04:19 PM
Tak payah percaya la manusia yang buat konten gini untuk meraih derma... Sama je spesis macam si ebi ...
noor2 replied at 20-6-2023 05:51 PM
Sorry..akak mmg skeptikal sejak page baby ni timbul dan x rasa nk derma pun
annehuda replied at 20-6-2023 07:05 PM
Die ni ke yg baru2 ni plan nak kenalkan mata wang baru plak? Aku mcm skeptikal skit dh mcm bunyi2 sc ...
ADVERTISEMENT