CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kagumi Jackie Chan, Shah Rukh Khan Taruh Harapan Untuk Bekerjasama

20-6-2023 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 306| Komen: 1

Biarpun lebih 10 tahun filem Ra.One ditayangkan iaitu sekitar 2011, Shah Rukh Khan masih terkenang memori pembikinannya.

Akuinya dalam satu wawancara, sebelum naskhah tersebut menjalani penggambaran dia sudah mengusulkan nama pelakon tersohor, Jackie Chan sebagai pelakon.



Jackie Chan bersama Shah Rukh Khan.

Apatah lagi watak bernama Akaashi iaitu ‘genius’ komputer untuk aktor yang turut dikenali di Hollywood itu dirasakan paling tepat selain ditambah populariti Chan di India.

Namun, hajat itu tidak kesampaian kerana menurutnya, bayaran dituntut pihak pengurusan selebriti tersebut di luar kemampuan produksi.

Akhirnya, watak Akaashi digalas Tom Wu, namun Shah Rukh Khan tetap menaruh harapan dapat bekerjasama dengan Chan untuk projek akan datang.

Pelakon Shanghai Noon itu pernah mengendong anak sulung Shah Rukh Khan ketika masih bayi.



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 21-6-2023 08:52 AM
yes please do ...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.024433 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top