Segmen Bekpes Hot FM baru-baru ini bertukar suasana apabila tiga penyampainya iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ, Johan dan AG apabila mendengar rakaman ucapan sempena Hari Bapa daripada anak mereka.
Paling menjadi perhatian, pastinya KJ juga bekas Menteri Kesihatan yang mengalirkan air mata selepas mendengar ucapan penuh kasih sayang daripada anak-anaknya. "We love you Papa, kita kan dah sambut father's day semalam. We love you much Papa," luah seorang anaknya yang membuatkan KJ sebak, namun tersenyum. "Knock, knock... who's there? Huppy... Huppy who?" kata seorang lagi anak KJ. Terdahulu, ucapan penuh makna dan menusuk hati itu dirakamkan oleh Fara Fauzana yang juga penyampai radio Hot FM sebagai kejutan untuk tiga rakan gandingannya itu. AG pula turut menerima ucapan selamat hari lahir ke-42 yang diraikan hari ini daripada lima anaknya yang menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang adiwira.
"Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah 'superhero' saya," kata anaknya "Selamat Hari Lahir," kata seorang lagi anaknya. Bagi anak-anak Johan, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan terbaik. "Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodiq nak doakan papa, murahkan rezeki papa," kata Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.
|
aikee04 replied at 20-6-2023 04:33 PM
Rasa mcm....kalau xde Farah...radio ni xhot la
ADVERTISEMENT