Datin Alyah meraih perhatian ramai selepas melihat gelagatnya ingin bergambar bersama suaminya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram. Alyah memuat naik videonya sedang menunggu Tok Ram menyiapkan kerjanya terlebih dahulu sebelum bergambar bersama dan mengucapkan Selamat Hari Bapa.
Menurut Alyah, sudah menjadi kebiasaan buatnya menunggu suaminya itu menyiapkan segala tugasannya sebelum ingin membuat sesuatu bersama. “Walaupun satu rumah tetap kena tunggu dia buat kerja dia dulu. Baru boleh bergambar dengan Tok Ram ni. Peminat dalam diamlah katakan. “Peminat ni dari dulu sampai sekarang setia menanti, walaupun tiberrr. Selamat hari bapa to my bapak yang cuwit (sweet). Hadoi, malu pulak rasa. Inilah hasilnya setelah menunggu ya. Tetap buat muka terkejut tu. “Selamat hari bapa to my Hero and my musuh,” tulisnya.
Kagum dengan kesabaran penyanyi itu menanti suaminya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.-CARI Sumber: XTRA
|
kiahbosan replied at 20-6-2023 12:19 PM
Tok Ram ni macam arwah atok Kiah nampak macam tak sayang bini kasar je tapi sebenarnya dia penyayang ...
misspokoyo replied at 20-6-2023 04:22 AM
Husband i pon gitu.. kalo bergmbr tak de nya nak peluk bahu i ke, nak romantik skit ke.. tp kt uma ...
ADVERTISEMENT