CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letusan Gunung Berapi Mayon Penyebab 600 Orang Jatuh Sakit

20-6-2023 09:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 186| Komen: 0

Manila: Sekurang-kurangnya 628 orang yang dipindahkan ke tempat perlindungan, jatuh sakit akibat letusan Gunung Berapi Mayon, gunung berapi paling aktif di Filipina.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan merekodkan sekurang-kurangnya 10 jenis penyakit yang menjejaskan mangsa yang berumur dua hingga 64 tahun itu termasuk batuk, selesema, demam, gastroenteritis, jangkitan pernafasan akut dan penyakit kulit, lapor Xinhua.


Foto bertarikh 11 Jun menunjukkan lava dari letusan Gunung Berapi Mayon. FOTO AFP

Pihak berkuasa tempatan sudah memindahkan lebih 20,000 penduduk yang tinggal di zon bahaya di sekitar Gunung Berapi Mayon yang berbentuk kon di wilayah Albay, kira-kira 500 kilometer tenggara Manila ibu negara Filipina.

Wilayah itu yang diletakkan dalam keadaan bencana, menubuhkan 28 pusat pemindahan kebanyakannya bangunan sekolah, untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal.


Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Isnin merekodkan aliran piroklastik selama tiga minit dari kubah lava gunung berapi yang runtuh.

Kepulan sarat wap meningkat kepada 600 meter dan institut itu mengekalkan tahap amaran gunung berapi pada skala tiga daripada tahap lima.

Gunung Berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.

Hampir 39,000 orang terjejas akibat letusan Mayon yang bermula pada 8 Jun lepas.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.036683 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top