CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sanggup Tak Kahwin, Nak Jaga Kembar OKU "Dia Menghidap Sawan Tarik, Pendarahan Otak Dan Masalah Penglihatan

20-6-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 921| Komen: 10

SUNGAI PETANI –Seorang pemuda sanggup mengorbankan masa mudanya semata-mata untuk memberi perhatian penuh kepada kembarnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Shamil Ahmad, 29, dari Taman Permatang Katong dekat sini berkata, dia juga memilih untuk tidak berkahwin kerana enggan berjauhan dengan kembarnya, Shamrin.


Foto: Kosmo

“Saya dan Shamrin dilahirkan tidak cukup bulan dan kami terpaksa dirawat di hospital dalam tempoh lama kerana mengalami pelbagai komplikasi penyakit.

“Bagaimanapun sepanjang proses tumbesaran, saya di­sahkan sihat, manakala Shamrin dikesan menghidap sawan tarik selain mengalami pendarahan otak dan masalah penglihatan,” katanya kepada Kosmo.

Menurutnya, akibat masalah itu, Shamrin mengalami kecacatan kekal dengan badannya kejang serta hanya terlantar di atas katil sehingga memerlukan penjagaan rapi.

Kata Shamil, dia juga terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga kembarnya itu selepas ibu bapa, Ahmad Omar, 69, dan Che Rohyaha Manap, 68, kurang bertenaga atas faktor usia.


“Lima abang, dua kakak dan seorang adik perempuan juga banyak membantu sebelum ini, namun kini mereka sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.

“Rutin saya selepas habis be­kerja sebagai buruh adalah memandikan Shamrin, memberi makan dan membawanya ke hospital jika diserang sawan,” katanya.

Ujarnya, keadaan kesihatan Shamrin semakin merosot apabila pernafasannya kerap tersekat kerana masalah kahak.

“Kami disarankan untuk membeli mesin khas untuk menyedut keluar kahak tetapi tidak berkemampuan.

“Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan di bawah kategori OKU terlantar sekadar cukup untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan makanan bijirin Shamrin,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0212429828238025 atas nama ibunya, Che Rohyaha Manap atau hubungi 019-484 3359. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 20-6-2023 09:49 AM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni.
Quote dua_chzy 20-6-2023 10:06 AM
Mesin sedut kahak tu berapa je...duit bantuan tu kalau save 50 hengget sebulan selama 10 bulan, dah boleh beli...
Quote Thunderclouds 20-6-2023 10:10 AM
Dekkk..bantuan ni bukan takat jkm jaaa...
Kna rajin approach ngo kt majlis kebajikan negeri sama.
Wajib rajin.
Huntong² ada rezeki mesin sedut kahak tu dpt free ja.
Jgn dok harap jkm ngn org huloq semata².
Quote Thunderclouds 20-6-2023 10:12 AM
dua_chzy replied at 20-6-2023 10:06 AM
Mesin sedut kahak tu berapa je...duit bantuan tu kalau save 50 hengget sebulan selama 10 bulan, dah  ...

Kalo xkarang cita sedih org xkesian pulakkk..
Dh tepek no acc kan tuhhhh
Quote CoffeeOverdose 20-6-2023 12:15 PM
Takkan la abg 5 org, 2 kakak dan 1 adik tu tk membantu langsung. Hati hitam iol nak kata, tk beragak betul laa nak buat cerita utk dptkan bantuan.
Quote reenz013 20-6-2023 12:19 PM
semoga dipermudahkan urusan bt keluarga ini
Quote nanasno 20-6-2023 02:05 PM
kesian nya. kita nak kata lebih kita tak tau apa keadaan dorg. semoga allah mudahkan la urusan dia sekeluarga
Quote PULANGKAN 20-6-2023 03:17 PM
Lima abang, dua kakak dan seorang adik perempuan juga banyak membantu sebelum ini, namun kini mereka sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.


ramainye adik beradik dia
Quote rosedemon 21-6-2023 08:41 AM
rugi je ko brkorban begini g kerja la woii ada duit boleh la beli mesin kahak.
Quote d_anne04 21-6-2023 09:17 AM
rosedemon replied at 21-6-2023 08:41 AM
rugi je ko brkorban begini g kerja la woii ada duit boleh la beli mesin kahak.



kan ada ayat ni ...

“Rutin saya selepas habis be­kerja sebagai buruh adalah memandikan Shamrin, memberi makan dan membawanya ke hospital jika diserang sawan,” katanya.




Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.153538 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top