CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Dihempap Bumbung Sekolah Yang Diterbangkan Angin

20-6-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 267| Komen: 0

Bumbung sekolah yang diterbangkan angin lalu menghempap sebuah rumah, meragut nyawa seorang wanita dalam kejadian di Tahang Rimau, Segamat pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 7.41 malam.



Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah di Tahang Rimau di Segamat. - Foto Bomba

Menurutnya, sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.

"Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah.

"Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V Mahedevi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Jelasnya, mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.21 malam.


Sumber: Sinar HArian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.280181 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top