CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Hawari Tetap Diberi Sijil Capai Puncak Everest Walau Jasad Belum Ditemukan

20-6-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 363| Komen: 5

PUTRJAYA: Jasad masih gagal ditemukan sehingga kini, namun kejayaan Muhammad Hawari Hashim menakluk puncak tertinggi dunia pada 18 Mei lalu tetap diiktiraf.

Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) itu menerima sijil pengiktirafan menandakan dia berjaya menawan puncak Gunung Everest itu.


Foto: The Star

Sijil bertarikh 19 Jun 2023 itu dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, hari ini sebelum dikongsi menerusi laman sosial rasmi ME2023.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu pada pukul 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.




Sekretriat ME2023 pada Jumaat lalu memutuskan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari disambung semula tahun depan.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak dilaporkan berkata, SAR itu dijangka disambung pada musim pendakian 2024, namun ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak berkaitan.

Katanya, status Muhammad Hawari kini diletakkan sebagai ‘orang hilang’ kerana jasadnya masih belum ditemukan sehingga kini.

Misi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan tenaga malim gunung, logistik, dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.- CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-6-2023 10:19 AM
Cert tu kalo bwk p kedai bole dpt groceries free ka?
Quote Belibis 20-6-2023 12:04 PM
Thunderclouds: Cert tu kalo bwk p kedai bole  ...

Seb baik ko dah tanya dulu...ingatkan dapat le penuhkan ASB.
Quote noor2 20-6-2023 12:10 PM
Pergi untuk mati.....kategori bunuh diri jugak x
Quote AbukRokok 20-6-2023 12:40 PM
bagi la dato ke tan sri ke
Quote rosedemon 21-6-2023 08:39 AM
ok la khuensss sijil pengganti nyawa kennsss

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.308464 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top