CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Asli Lega JPN Masuk Hutan Bantu Kaum Temiar

20-6-2023 09:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 180| Komen: 0

Gua Musang: Penduduk Orang Asli Pos Simpor menzahirkan rasa terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sanggup turun padang untuk membantu masyarakat untuk mendapatkan kad pengenalan dan sijil kelahiran.


Menurutnya, kedudukan penempatan itu di pedalaman yang terletak lebih 100 kilometer (km) dari bandar terdekat menyukarkan mereka untuk keluar bagi membuat sijil kelahiran.

Beberapa agensi kerajaan berganding bahu memberi khidmat kepada Orang Asli Pos Gob dan Pos Simpor di sini, pada Program Outreach dan Kembara Mesra Rakyat bermula kelmarin. FOTO Paya Linda Yahya

Salah seorang penduduk, Amat Angah, 52, berkata, program seumpama itu sudah lama dinantikan oleh mereka yang duduk jauh di pedalaman.

"Sudah dua tahun cucu saya dilahirkan namun masih tiada sijil kelahiran. Terima kasih Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sanggup turun padang untuk membantu kami," ujar


"Saya sangat berterima kasih kepada pihak JPN yang sudi datang ke kampung untuk membantu kami membuat pendaftaran kelahiran dan kad pengenalan.

"Program seperti ini sangat dinantikan oleh kami yang tinggal jauh di pedalaman. Pada hari ini (semalam), saya mendaftarkan sijil kelahiran seorang cucu yang berusia dua tahun kerana anak saya bersalin di rumah," katanya.

Pada program itu, beberapa agensi kerajaan berganding bahu memberi khidmat kepada Orang Asli Pos Gob dan Pos Simpor di sini, pada Program Outreach dan Kembara Mesra Rakyat bermula kelmarin.

Program dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), JPN dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).

Sementara itu penduduk Amin Along, 58, berkata, program itu banyak memberi manfaat kepada penduduk di dua pos berkenaan.

"Kami masyarakat di pedalaman sukar untuk pergi ke pejabat JKM dan JPN yang terletak amat jauh. Adakalanya kami perlu bermalam di bandar Gua Musang yang pasti membabitkan kos tinggi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054554 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top