CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terbaring, Berguling Di Pentas, Aksi Elly Mazlein Dikritik

20-6-2023 02:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 822| Komen: 7

Personaliti Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom adalah seorang selebriti yang boleh dikategorikan versatil.

Bukan hanya menyanyi, Kak Lina juga mampu berlakon dengan baik malahan dia juga antara pilihan hos bagi mengendalikan sesebuah program televisyen dek kerana perangainya yang 'masuk air'.



Terkini, Kak Lina sedang mengacarakan program realiti Big Stage 2023 berganding dengan selebriti Indonesia, Rina Nose.

Ahad lalu, seperti kebiasaan, pengacara akan membuat persembahan bagi 'memanaskan' pentas Big Stage namun apa yang menjadi perhatian adalah tindakan Kak Lina yang dilihat keterlaluan.

Menerusi sebuah rakaman video, Kak Lina yang kononnya tersingkir menuju ke kapsul penyingkiran kemudian berbaring dan berpusing serta mengangkat kakinya.


Ada yang terhibur melihat gelagat tersebut namun ada juga segelintir yang menganggap perkara tersebut keterlaluan apatah lagi dengan status Kak Lina sebagai isteri dan ibu.

Di ruangan komen turut dibanjiri dengan pandangan yang mengatakan mereka malu melihat aksi Kak Lina yang seakan-akan memalukan dirinya di kaca televisyen.





Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sazreena 22-6-2023 02:28 PM
Sikit-sikit...okeh buat-buat ghaso. Lebih-lebih..rasa meluat coz tak nak diovershadow mbak irung.
Quote LadyCarefree 21-6-2023 12:45 AM
Kenapa jadi isu aib sampai kaitkan bapak mertua dia? Ramai je pompan berlakon ada aksi gini. Apa bezanya? Dah dia pelakon.
Quote Binodino 20-6-2023 08:25 AM
Prickford: Mula2 ok la, kelakar, terhibur ...
Macam try hard nak tunjuk diri tu kelakar. Dengan umur yang dah cecah 40an, patutnya tak perlu la nak berguling2 bergolek2 terkinja2 atas pentas macam tu. Masa muda2 dulu kemain sopan santun anak melayu kekdahnya. Dah kertu ni baru nak terkinja2. Apoooo
Quote elzy 20-6-2023 08:10 AM
Kadang-kadang over sampai lupa diri dan maruah..
Quote zarulnazmi 20-6-2023 08:00 AM
Dia memang nak panaskan lantai pentas tu. Biarkan je lah.
Quote Prickford 20-6-2023 07:44 AM
Mula2 ok la, kelakar, terhibur. Bila dia perasan yg dia mmg dpt nama as host, makin ngarut plak.
Quote Perawankota 20-6-2023 03:55 AM
Aku terhibur jer dgn lawak2 pompom dgn rina ni... Cuma harus diakui, ada jugak yg annoying..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.022424 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top