CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JSJK Sahkan Taktik Scammer Hantar Jemputan Kahwin Wujud

20-6-2023 01:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 504| Komen: 2

Petaling Jaya: Taktik scammer yang menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (APK) dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan sememangnya wujud dan semakin berleluasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengakui scammer akan pergunakan pelbagai cara untuk ‘memancing’ mangsa.




“Satu daripada kaedahnya adalah dengan menghubungi semua kenalan seseorang atas alasan undangan ke majlis perkahwinan.

“Justeru, elakkan klik sembarangan sebelum mengesahkan dengan individu yang mengundang tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Ramli lagi, sebaiknya apa yang dilihat meragukan tidak dilayan secara semberono oleh orang awam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan taktik scammer yang semakin licik dengan menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (.apk) dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan.


Golongan warga tua dan yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas informasi teknologi, sering menjadi sasaran scammer berkenaan.

Scammer tersebut akan menyamar sebagai orang yang dikenali mangsa dan meminta mangsa untuk muat turun aplikasi tersebut.

Kesan daripada memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, scammer tersebut dapat mengakses penuh phone mangsa tanpa disedari. 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-6-2023 04:01 PM
Moga scammer yg buat gini mati kene panah petir
Quote Kuin-Kepam 21-6-2023 12:54 PM
Rimas scammer ni…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top