CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyra Rosli Tak Kisah Lebih Dikenali Sebagai Pengacara Berbanding Pelakon

20-6-2023 12:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 521| Komen: 3

Pelakon Amyra Rosli mengakui tidak bimbang sekiranya dia lebih dikenali sebagai pengacara apatah lagi kerjaya dalam cabang seni itu pada ketik ini dilihat semakin rancak.


Amyra yang semakin selesa menjadi hos melihat perkara itu sebagai satu kelebihan untuk mendapat kepercayaan mengendalikan program lebih besar



“Kalau orang lebih kenal saya sebagai pengacara berbanding pelakon, saya tidak kisah atau berasa risau dan sedih.


“Ia sebenarnya kelebihan buat diri saya kerana itu memang diri saya dan bukan mudah mendapat kepercayaan untuk menjadi pengacara.


“Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan persediaan rapi kerana perlu bersikap spontan,” katanya.


Baru-baru ini, pemilik nama sebenar, Nur Amira Izzati Rosli, 32 yang sekali lagi dinobatkan sebagai Hos TV/Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai pada Anugerah Malaysia Reader's Digest 2023 bagaimanapun tidak bermaksud akan melupakan bidang lakonan.


Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini, pengacaraan dan lakonan akan berjalan seiring dan dia tidak kisah sekiranya perlu melebihkan salah satu bidang kerana menurutnya, lakonan dan pengacaraan masih di bawah ‘bumbung’ yang sama.



“Setakat ini lakonan tetap akan jadi yang pertama, tetapi kalau tawaran pengacaraan itu lebih banyak selepas ini kenapa tidakkan?


“Kita pun tahu ramai pelapis pelakon baharu yang semakin melonjak. Jadi, saya pun tak tahu watak apa yang bersesuaian dengan saya selepas ini. Jadi, kena pilih juga.


“Namun, saya tak menolak rezeki kalau kata sampai tua lakonan itu lebih banyak ataupun mengacara lebih banyak. Pada saya ia tak jadi masalah sebab masih dalam bidang sama,” ujarnya.


Dalam pada itu, Amyra meluahkan rasa bersyukur apabila dinobatkan sebagai Hos TV/Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai selepas hampir dua tahun mengemudi program Nona.


Tambah Amyra, meskipun dirinya masih baharu dalam bidang pengacaraan ini, dia bersyukur dirinya diberi kebebasan dan kepercayaan sepenuhnya sebagai hos rancangan tersebut. 



I’m a newbie dalam dunia pengacaraan ini. Dan saya rasa banyak lagi yang saya perlu belajar dan memperbaiki lagi dan sebenarnya saya sangat bertuah bila dapat duduk dalam rancangan Nona ketika ini.


“Kita yang nak menempuh cabaran itu, jadi kalau dah ada rezeki dan peluang di depan mata terus ambil,” ujarnya.


Selain itu, Amyra turut menganggap sokongan, doa serta kata-kata semangat yang diberikan peminat menjadi sumber kekuatannya untuk melangkah lebih jauh.


Sebelum ini, Amyra berjaya dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai menerusi rancangan Nona TV3 pada malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest dua tahun berturut-turut. 



Sumber: Getaran



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-6-2023 05:36 AM
apa salahnya. Iols pun suka tengok sheols mengacara. santai je
Quote Burong_Hantuk 20-6-2023 08:20 AM
zaman mendiva kau dah berlalu sis
Quote CoffeeOverdose 20-6-2023 08:26 AM
Seriously, dh lupa dh pasal dia. Sendunya sampai cerita gini pun nak kena keluarkan. ????

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031643 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top