CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diugut Guna Waran Tangkap Palsu, Pensyarah Rugi RM98,000

20-6-2023 12:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 300| Komen: 4

Ipoh: Polis Perak mengesan modus operandi baharu penipuan dalam talian yang menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo pihak polis bagi memperdayakan mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata terdapat dua laporan yang diterima pihaknya ketika ini membabitkan modus operandi berkenaan dengan tandatangan menggunakan jawatan beliau dan Ketua Polis Perlis.

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan. FOTO L Manimaran

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan dilaporkan pada Rabu lalu dan seorang daripada pengadu mengalami kerugian sebanyak RM98,000.

"Kes pertama membabitkan peniaga kedai makan di Teluk Intan menerima panggilan mendakwa terdapat kiriman parcel mengandungi barang terlarang selain mempunyai waran tangkap kerana pengadu dikatakan terbabit dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram.


"Notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan perjawatan Ketua Polis Perak dihantar sindiket phone scam ke telefon bimbit pengadu. Pengadu bagaimana pun hadir ke balai polis membuat laporan dan tidak terpedaya.

"Kes kedua pula membabitkan seorang pensyarah universiti di Perak diperdaya sindiket phone scam menghantar notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan ditanda tangani Ketua Polis Perlis, mendakwa mangsa disyaki terbabit kes penyeludupan dan dan penggelapan wang berjumlah RM2.8 juta bagi menakutkan mangsa.

"Akibat takut, mangsa diperdayakan dengan mendedahkan maklumat peribadi dan bank hingga kerugian RM98,000 yang dikeluarkan oleh sindiket secara pindahan wang," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau menegaskan, pihak polis tidak sesekali menjalankan urusan berkaitan jenayah secara perbualan telefon melainkan untuk memaklumkan mengenai perjumpaan secara bersemuka.

"Jika ada, sila rujuk ke balai polis berhampiran bagi tujuan pengesahan.

"Orang ramai diingatkan tidak sesekali mempercayai sebarang urusan berkaitan Wang dan perbankan melalui panggilan telefon.

"Sebaliknya, letak dahulu panggilan dan periksa dengan pihak berkenaan secara bersemuka," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 20-6-2023 04:53 AM
Ini membuktikan apa, kawan2?
Book smart Tak berertii kau street smart. Peniaga makanan lagi pandai berfikir drpd pensyarah University. Gelupuh tak bertempat. Tak bercampur org ke?
Quote lanacondor 20-6-2023 07:13 AM
Carcosa replied at 20-6-2023 04:53 AM
Ini membuktikan apa, kawan2?
Book smart Tak berertii kau street smart. Peniaga makanan lagi pandai b ...

Geng2 cmni slalunya berkawan dri kelompok yg sama je.. mn xsng kne tipu..
Quote Thunderclouds 20-6-2023 07:18 AM
Yg kna scam ni lgsung tadak kwn² dlm police force ka?
Kalo sungguh xsalah watpa takut.
Kalo musykil mintak kwn check (kalo ada member² pulis).
Etlis toksah la p ikut ckp scammer bulat².
Pelik aku.
Quote ttp 20-6-2023 07:23 AM
Masa dpt call begini terus dgn yakin I kata ‘baiklah saya akan pergi sendiri ke balai / mahkamah yg diseburkan” terkedu dia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042469 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top