CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Di Tandas Rumah, Ada Kesan Kelar Di Tangan

19-6-2023 11:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 507| Komen: 2

Sungai Petani: Mayat lelaki berusia 58 tahun dengan kesan kelar di tangan ditemui di tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria, di sini.

Mangsa ditemui dalam keadaan terduduk dengan mukanya berada dalam mangkuk tandas.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis menerima panggilan daripada kakitangan hospital jam 1.10 petang memaklumkan penemuan mayat.

Menurutnya, isteri mangsa pada mulanya curiga selepas gagal menghubungi lelaki itu sejak 11 pagi hingga 12.30 tengah hari dan meminta jiran melihat suaminya di rumah mereka.

"Wanita berkenaan ke rumah mangsa dan melihat pintu tidak berkunci masuk, sebelum mendapati lantai ruang tamu dipenuhi darah menyebabkannya terus menghubungi ambulans," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pembantu perubatan bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.


"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pisau pemotong kertas di ruang tamu rumah berkenaan.

"Mayat mangsa pula ditemukan dengan berpakaian lengkap serta terdapat kesan kelar di tangan kirinya," katanya.

Zaidy berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal di rumah itu bersama isteri dan pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia 32 tahun.

"Bagaimanapun, anak perempuan tidak pernah pulang dan tidak pernah menghubungi mereka sejak keluar rumah pada 2016 lalu.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-6-2023 11:10 PM
Mungkin weols dah perlu hutan tempat bunuh diri khas seperti Jepon. Or parking lot bunuh diri. Idok la susah2 kelar tangan ka gantung diri sundri kat rumah menyusahkan ahli keluarga. Property pun harga merundum sebab ummah Asia sangat takut hantu orang bunuh diri.
Quote Carcosa 20-6-2023 05:03 AM
Kesian bini dia. Dahla anak jadi si tanggang, laki plk ambik jalan gitu, rumah plk nnti angker, jiran2 mengata plk lagi. Haiyaiiii. Ujung2 biniiii jgk suffer. Punyala proactive, BARU sejam lebih tak dpt call
, dah gelupuh cari neighbour bagai. Tak mcm ada case cikgu meninggal sorang2 tu. Dah 5 hari ke gitu lah, bini ok je wat peace. Ke reporter yg kencing aku?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047948 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top