CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Setahun Tidak Dituntut, Jenazah Bayi Akhirnya Dikebumi

19-6-2023 10:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 620| Komen: 4

Petaling Jaya: Melalui satu perkongsian melalui laman TikTok Si Penggali Kubur, proses pengebumian dua jenazah dan 10 anggota kaki yang tidak dituntut telah meruntum perasaan orang ramai.

Malahan, salah satuatu jenazah dipercayai meninggal akibat Covid-19 termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan.


Jenazah-jenazah terbabit didakwa tidak dituntut selama tempoh setahun dan pemilik akaun tersebut telah menguruskan kesemua jenazah tersebut.

Bagaimanapun, tarikh dan tanah perkuburan yang digunakan bagi proses pengkebumian jenazah terbabit tidak dinyatakan secara tepat.

Rata-rata orang ramai turut mempersoalkan kenapa jenazah-jenazah terbabit tidak dituntut oleh waris masing-masing sehingga tempoh satu tahun.


“Pelik kenapa tak ada waris yang tuntut, paling kesian bayi sembilan bulan tu, sedih betul la. Mungkin jenazah itu tak ada warisnya,” tulis Izuan Abu Seman.

“Semoga semua jenazah tenang di sana. Ada sebab kenapa jadi macam ni. Diharapkan semua urusan berjalan lancar,” tulis Marziatul Razak.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-6-2023 02:26 AM
10 anggota kaki tu ape maksudnya?

kaki yang dipotong tapi tak tanam ke? atau mangsa-mangsa kemalangan?

maaf, saya jahil bab ni
Quote felinecat 20-6-2023 05:36 AM
Nak tuntut kene bayar kan..family xde duit kut, nasib baik masih ade org yg prihatin untuk uruskan.. Kadang2 ade yg jd bahan study untuk student medic kan..
Quote nazzse 20-6-2023 07:13 AM
PULANGKAN: 10 anggota kaki tu ape maksudn ...


Ya..yg kena potong sbb kencing manis & etc la ni
Quote sangbara2020 20-6-2023 08:03 AM
nk tuntut kn byr..skrg dhla zaman susah...
nk tnm lg byr lagi...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042045 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top