CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Sugu Samun Gudang Di Kuala Langat Tumpas

19-6-2023 09:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 206| Komen: 0

Kuala Langat: Polis menumpaskan Geng Sugu menerusi penangkapan empat ahlinya termasuk ketua mereka di dua serbuan berasingan sekitar Tanjung Sepat, di sini semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 27 hingga 30 tahun diberkas antara pukul 2.30 petang dan 11.20 malam.


Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas pihaknya daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan mendapati geng berkenaan aktif melakukan samun ke atas gudang sejak tiga bulan lalu.

“Tangkapan itu membawa kepada rampasan pelbagai barang kes antaranya tiga alat penimbang digital, mesin gerudi, gergasi besi, spanar dan tong gas. Turut dirampas, dua kereta Proton Wira disyaki digunakan suspek untuk melakukan samun dan sebuah motosikal curi jenis Honda EX5,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini, hari ini.


Tambah beliau, semakan mendapati empat suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah dan kesemua mereka kini direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059996 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top