CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Mahu Menang 'Perlumbaan Ekonomi' Di Rantau Asia Tenggara

19-6-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 341| Komen: 3

Johor Bahru: Malaysia kini dalam misi untuk memenangi 'perlumbaan ekonomi' dalam kalangan negara jiran di rantau Asia Tenggara, selepas disifatkan kehilangan banyak peluang akibat pandemik COVID-19, tiga tahun lalu.


Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, berkata dalam mencapai misi itu, kerajaan menaikkan peruntukan pembangunan bagi tahun ini kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion pada tahun lalu.

Steven Sim (empat, kiri) menyempurnakan perasmian City Link Sky Bridge menghubungkan Coronation Square ke Stesen Johor Bahru Sentral, hari ini. Foto Bernama

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negeri dengan Johor diberi penekanan kerana menerima pelaburan langsung asing tertinggi sebanyak RM80.6 bilion pada tahun lalu.

"Kerajaan Perpaduan (menerusi) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam misi untuk mengejar kembali peluang ekonomi dan pelaburan yang kita hilang dan mahu 'memenangi perlumbaan' ini.

"Beberapa tahun lalu, apabila kita dengar berita syarikat Tesla mahu melabur di Indonesia, ramai di antara kita berasa bimbang pelaburan asing akan lari ke negara jiran, namun dalam masa singkat, kini kita sudah dapat menarik semula pelaburan, antaranya Tesla, Amazon, Geely dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd," katanya berucap merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki 'City Link Skybridge, di sini, hari ini.

Justeru, Steven berkata, bagi memastikan semua pelaburan itu dapat direalisasikan, kerajaan menerusi agensi berkaitan akan terus memudah cara bagi membolehkan pelaburan asing masuk dengan lebih agresif ke dalam negara. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brownstone 19-6-2023 09:47 PM
Nak menang camno? How to improve ringgit...pergi turunkan stamp duty saham. Satu je measure nya...
Ingatkan banyak la tindakan yg akan diambil.
Ringgit memang prone to external shock, kita kena proaktif la utk hadapi sebarang kemungkinan...ni sikit2 suruh sabar tunggu market readjust..(nak tunggu pun bukan seharai2...berminggu kot)...

Selamanyalah ringgit pada tukaran atas RM4 utk 1 dollar kalau dah memang tak ada plan yg konkrit.
Quote ninja boy 19-6-2023 10:30 PM
Jajahan sedikit demi sedikit, buat itu ini menguntungkan singapore warga negara asing soping mkn beli rumah pakai petrol macam negara sendiri sedangkan rakyat Malaysia sendiri berkais2
Quote antikorok 19-6-2023 10:40 PM
Edited by antikorok at 19-6-2023 10:51 PM

Dengan Yindo, Siam malahan Viekong selera eksotik kucen pun kalah, dengan Singapurn dan Brunei apatah lagik.
Isu dlm negara pong terkapai2 nak urus ha gaytohhh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.154923 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top