CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seleweng Dana Mitra, Pengarah Syarikat Didenda RM60,000

19-6-2023 08:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 204| Komen: 0

Kuala Lumpur: Pengarah syarikat didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), dua tahun lalu.


Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Reghu P.V. Bhaskaran, 63, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan pilihan itu pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 21 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Reghu mengaku bersalah menggunakan dua invois berjumlah RM25,000 dan satu baucar bayaran berjumlah RM5,000 yang mana dia mengetahui kesemua dokumen berkenaan adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Unit Mitra, Kementerian Perpaduan Negara, Aras 6, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, pada 5 Mei 2021.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, 20 lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Reghu sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Afif Ali manakala Reghu diwakili peguam Hamidi Mohd Noh.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.104052 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top